Jumaat, 8 Mac 2013

Perbuatan liar samseng gambaran akhlak pemimpin Umno – Anwar

Mohd Arif Juhani

BUKIT KATIL : Tindakan liar samseng Umno BN yang membaling batu dan mencederakan beberapa penyokong Pakatan Rakyat, menggambarkan buruknya akhlak pemimpin parti pemerintah itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perbuatan samseng itu didorong hasutan penceramah Umno yang membangkitkan naluri bertindak di luar kawalan.

“Umno BN pilih orang tidak berakhlak sebagai jurucakap. Pakai tudung tetapi mulutnya penuh hasutan dan caci maki. Inikah akhlak seorang muslimah?

y3

“Lihatlah, samseng Umno BN tergamak melakukan isyarat lucah. Ini hasil ajaran Umno BN kepada pengikutnya,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Berdekatan program Merdeka Rakyat yang dihadiri ribuan rakyat, Umno BN turut mengadakan acara dan antara yang berucap ialah Umi Hafilda Ali.

“Cermin bas tebal tapi pecah juga. Itulah bukti betapa busuknya hati perut samseng Umno BN kepada Pakatan.

“Saya seru ibu bapa yang ada malam ini. Pulang nanti, mari berdoa supaya anak-anak kita dijauhkan dari miliki akhlak seperti Umno BN,” katanya.

 bassa


Anwar kesal kerana Umno BN tidak berani berdepan dengan Pakatan secara matang, sebaliknya menggunakan samseng untuk menunjukkan kuasa.

“Kalau tidak puas hati, kemuka hujah dan bukti. Bukannya maki hamun. Ini bukan cara politik matang.

“Tengoklah pemimpin Umno BN. Berapa kali saya ajak Datuk Seri Najib Razak berdebat, sampai sekarang tidak sahut,” katanya.(FZL)

Tiada ulasan: