Isnin, 18 Mac 2013

Peluang pertama untuk perubahan

 


 
DAP meraikan ulang tahun ke-47 parti pada 18 Mac 1966 buat pertama kalinya di Johor, sebuah medan pertempuran baru yang kritikal dan mesti dimenangi Pakatan untuk membawa perubahan. Ini kalilah!It is now or never!

Untuk pertama kalinya dalam sejarah 56 tahun negara kita, terdapat peluang untuk perubahan. Untuk pertama kalinya, rakyat Malaysia mempunyai pilihan yang nyata.

Untuk pertama kalinya, wujud pilihan yang jelas dan ketara di antara rejim yang tidak demokratik, korup, mengamalkan politik perkauman dan bankrap, berbanding alternatifnya yang lebih bersih, mengamalkan integriti, nilai-nilai kebebasan dan hak asasi manusia serta terbukti cekap, akauntabel dan telus.

Tetapi satu perkara yang pasti, perubahan tidak akan datang dengan mudah. Dalam beberapa hari lalu kita telah pun melihat kerenah ganas oleh samseng BN, apabila pejabat ketua menteri Pulau Pinang pun boleh diserang oleh gerombolan yang tidak terkawal.

Bas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling dengan batu ketika beliau berada di dalam sehingga menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang. Ini hanya permulaan - tindakan terdesak BN akan bertambah buruk.

Cabaran terbesar DAP dan Pakatan apabila masih lagi wujud penyelewengan pilihan raya oleh BN dan sifat tidak adil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang partisan. 

 Daftar pemilih masih tidak dibersihkan. Di Selangor, terdapat hakikat yang mengejutkan bahawa 28 peratus atau 140,000 pengundi baru tidak dapat dikenal pasti. Adakah 28 peratus ini kelebihan yang sengaja diwujudkan dalam proses pilihan raya untuk manfaat BN?

Tugas paling tukar

Tambahan pula persempadanan semula kawasan pilihan raya atau gerrymandering dilakukan dengan cara yang tidak demokratik serta memberi manfaat kepada BN.

Kawasan Parlimen terkecil di Malaysia, P125 Putrajaya, mempunyai 15,308 pengundi pada Suku ke-3 tahun 2012, manakala kawasan terbesar, P109 Kapar, mempunyai 142,419 pengundi. Bilangan pengundi di kawasan parlimen yang terbesar sembilan kali jumlah kawasan parlimen terkecil.

Dalam erti kata lain, satu undi di P125 Putrajaya adalah lebih kurang sama dengan 9 undi di P109 Kapar. Ini merupakan pelanggaran kasar prinsip "Satu Orang Satu Undi" di mana undi seorang harus mempunyai wajaran yang sama dan kuasa berbanding undi orang lain.

Atas sebab ini Pakatan akan bermula dengan handikap kerana kita perlu memenangi lebih banyak undi popular untuk memenangi 50 peratus kerusi, jika tidak BN akan memenangi pilihan raya. Perbezaan antara undi yang diterima oleh BN dan kerusi yang dimenangi oleh BN pada setiap pilihan raya ditunjukkan carta di bawah dengan jelas:

azlanSeperti yang pernah disebutkan Mahatma Gandhi: "Khazanah bumi ini cukup untuk keperluan setiap orang, tetapi tidak akan mencukupi untuk ketamakan walau seorang manusia."

Rasuah oleh BN berakar umbi di Malaysia. Meskipun menghapuskan rasuah antara keutamaan tertinggi Pakatan, tugas yang paling sukar untuk memberi harapan masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita. Dalam kata lain, tanggungjawab terbesar "ubah" untuk menyediakan masa depan untuk anak muda dan mempersiapkan anak muda untuk masa depan.

Jerat belenggu minda BN


Sebuah sistem pendidikan yang tersedia, mudah didapati dan berpatutan harganya mestilah juga memupuk budaya kecemerlangan. Namun sebaliknya kita hanya berjaya meningkatkan budaya kesederhanaan dengan penurunan kedudukan Malaysia dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 2011 - dari tangga ke-20 kepada 26 dalam Matematik, manakala dari tangga 21 jatuh kepada 32 dalam bidang Sains.

Ini mengesahkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) tahun 2009 bahawa kecekapan pelajar berusia 15 tahun di Malaysia tiga tahun terkebelakang berbanding purata antarabangsa.

ULASAN
Rakyat Malaysia keseluruhannya sebagai sebuah negara sedang berdepan dengan jurang kemerosotan bakat dan tenaga kerja yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan melumpuhkan usaha untuk berubah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju berasaskan pengetahuan.

Kecuali dengan membangunkan bakat manusia, melatih semula menarik bakat-bakat baru, kita akan berhadapan risiko untuk bukan sahaja ketinggalan berbanding ekonomi negara maju baru seperti Singapura dan Korea Selatan tetapi juga akan dipintas oleh negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Pakatan tidak hanya menawarkan pendidikan percuma malah akan mengabaikan perkaitan politik demi memilih yang terbaik dan yang cemerlang.

Pada masa yang sama, Pakatan akan membina pusat kecemerlangan untuk memberi tuisyen kepada pelajar lemah akademik supaya kita tidak hanya memberi tumpuan kepada yang terbaik tetapi turut mewujudkan arus bakat sokongan dengan standard yang tinggi.

Untuk berjaya, Malaysia perlu dibebaskan daripada jerat belenggu minda oleh BN yang enggan membiarkan kita berfikir.

Hadiah terbesar yang boleh diberikan kerajaan kepada penduduknya bukanlah pemberian wang tunai tetapi ilmu pengetahuan dan kebebasan daripada ketakutan.

Plato pernah menyebut: "Kita boleh memaafkan kanak-kanak yang takut kepada kegelapan, tragedi yang sebenar adalah apabila lelaki dan wanita dewasa takut kepada cahaya".
Mari kita ubah dan membawa pencerahan kepada semua empat penjuru Malaysia!

* LIM GUAN ENG setiausaha agung DAP.

Tiada ulasan: