Rabu, 13 Mac 2013

Nasihat Pada Pakatan Rakyat..Tumpukan Usaha Untuk Merampas Putrajaya.



Oleh: Tok Janggut 

PRU13 makin hampir, Pakatan Rakyat nampaknya masih bergelut dengan permasalahan daftar pengundi yang kebanyakan meragukan. SPR pula buat pekak badak sebab semuanya itu ada hasilkerjanya atas arahan UMNO bagi memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO nanti dan pegawai SPR akan terus bertugas dalam SPR tetapi jika UMNO/BN tumpas, maka nasib dan kedudukan pegawai tinggi SPR akan tergugat kerana ada kemungkinan mereka akan disiasat kerana bersekongkol dengan UMNO membuat kerja-kerja menipu dalam pilihanraya dan khianat kepada amanah rakyat serta akan diseret ke mahkamah, ini tidak mustahil akan berlaku.

Kepada Pakatan Rakyat, tumpukan usaha kepada semua kawasan Parlimen kerana dengan kemenangan kawasan Parlimen sahaja kita akan berjaya ke Putrajaya. Jangan bimbang tentang Dun dan negeri kerana jika kita berjaya berkuasa di Putrajaya, usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN amat mudah sekali. Ini adalah kerana kita sedia maklum boleh dikatakan semua wakil rakyat UMNO hidup mewah, maka inilah yang akan kita korek untuk mengetahui dari mana mereka dapat wang yang sebegitu banyak.

SPRM akan kita tugaskan dan jika perlu tambah kakitangan untuk menyiasat semua ADUN UMNO/BN kelak dan mana-mana yang terbukti terlibat dengan rasuah, jangan lepaskan...heret ke mahkamah, jika sabit kesalahan maka jawatan mereka sebagai ADUN akan gugur dengan sendirinya, maka dengan ini jika diadakan sekali pilihanraya kecil pun calun-calun lain dari UMNO/BN akan fikir dua kali untuk dicalunkan kerana jika menang pun akan disiasat juga harta mereka sehingga ke akar umbi. Akhirnya negeri-negeri yang dikuasai UMNO/BN akan tumbang dengan sendirinya dan Pakatan Rakyat akan menguasai negeri-negeri tersebut dengan mudah.

Bukan itu sahaja, wakil Parlimen dari UMNO/BN pun akan kita siasat hingga ke akar umbi akan kekayaan yang mereka perolehi selama ini datang dari mana, jika dari hasil rasuah, salahguna kuasa maka wajib dirampas semua harta mereka dan dijadikan hasil negara atau negeri. Seret mereke ke mahkamah dan akan gugurlah status mereka sebagai ahli Parlimen. Oleh itu jika sekarang ini UMNO/BN buat kerja menipu dengan kerjasama SPR untuk menang, silakan, tapi ingat! Jika Putrajaya tumbang, kita tidak akan lepaskan SPR dan JPN yang membuat kerja kotor selama ini.

Begitu juga akhabr Utusan dan TV3 wajar dibatalkan lesen percetakan dan penyiaran mereka nanti, jika dibiarkan mereka terus beroperasi, negara dan rakyat akan menjadi hancur.

Peristiwa di Lahad Datu mungkin digunakan oleh kerajaan untuk melengahkan PRU13 di Sabah atau untuk istiharkan dharurat. Jika benar, maka nampak sangatlah seolah-olah peristiwa ini dirancang kerana kedudukan dan kekuatan UMNO/BN di Sabah sudah goyang. Jika ditanya tak mungkin peristiwa ini dirancang kerana mengorbankan nyawa anggota keselamatan. Jawapanya, lupakah kita peristiwa di Memali?

Akibat angkara Mahathir ramai orang kampung yang ditembak mati. Apakah penduduk kampung di Memali mempunyai mortar, M16, kereta kebal atau bon C4? Mereka rata-rata hanya mempunya pisau untuk menoreh getah, sabit untuk memotong rumput dan lalang di kebun, jadi mengapa dibunuh juga?

Sehinggakan ada anggota keselamatan yang turut terkorban, dengan apa mereka dibunuh? Dengan pisau getah? Dengan sabit rumput? Yang pastinya peluru senjata automatik sesama mereka tersasar mengenai rakan mereka sendiri. Mengapa ini terjadi? Tidak lain dan tidak bukan hanya niat jahat Mahathir untuk memburukan PAS kononya PAS parti sesat, pengganas dan penderhaka. Dimanakaha Mahathir dan pemimpin UMNO ketika itu di mana pihak keselamatan di arah supaya bertempur dengan orang kampung yang lemah itu? Orang kampung dan pihak keselamatan bertempur sesama sendiri sehingga berlaku kematian sedangkan Mahathir dan pemimpin UMNO lain duduk bersenang-lenang dan bebas ke sana ke mari.

Kemudian isu Al Maunah juga di zaman Mahathir. Apakah terfikir oleh kita bagaimana begitu mudah kumpulan Al Maunah ini boleh masuk ke kem tentera mengambil senjata dengan begitu mudah? Bukankah depoh senjata di kawal dengan ketat. Ini seolah-olah pergi mengambil barang di rumah sendiri dan seolah-olah kawasan itu di arah dan di kosongkan dari kawalan tentera. Akhirnya ramai yang mati dan direkacipta berbagai propaganda dan fitnah bagi memburukan kumpulan itu di mata masyarakat. Tujuanya juga seperti di Memali iaitu untuk mengaitkan PAS juga dengan kumpulan Al Maunah.

Najib mengutuk sesiapa yang mengatakan peristiwa Lahad Datu sebagai sandiwara sebagai keji dan tidak berhati perut. Apakah kerja membunuh orang Kampung di Memali dan membunuh Al Tantuya yang dikatakan sedang hamil (anak siapa?) dengan menggunakan letupan C4 itu tidak keji dan tidak berhati perut? Lahad Datu menimbulkan banyak persoalan dan wasangka rakyat. Ini adalah kerana bagaimana begitu mudah kumpulan bersenjata itu masuk seolah laluan mereka itu diarah supaya dikosongkan bagi memudahkan mereka masuk atau mereka semua mempunyai “IC” biru yang diberikan ketika zaman Mahathir dulu? Peristiwa ini adalah berpunca program “IC” zaman Mahathir dulu. Mahathir wajib disiasat dan dihumban ke penjara angkara kerja keji dan khianatnya terhadap negara dan kini rakyat Sabah menanggung azabnya. Selain dari itu, UMNO nampaknya menggunakan isu Lahad Datu ini untuk menyerang Dato Sri Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Ini juga salah satu sebab rakyat melihat akan kebenaran bahawa peristiwa ini hanya bertujuan untuk memburukan Pakatan Rakyat.

Persoalanya, jika kita sama-sama berfikir secara tenang dan melihat situasi politik negara sekarang ini, apa benarkah memang berlaku kemasukan kumpulan bersenjata ini melalui perairan kita? Jika selama ini bot nelayan asing yang kecil pun dapat disekat dan dihalang oleh pasukan keselamatan kita yang mengawal perairan negara, masakan kumpulan bersenjata yang dikatakan melebihi 150 orang ini dengan mudah sahaja masuk dengan menaiki feri atau kapal besar dari bot nelayan tanpa dapat dikesan? Apakah kumpulan ini sebenarnya adalah PATI yang jumlah sudah beratus ribu orang yang sudah duduk bertahun-tahun di Sabah dan sudah mendapat “IC” biru hasil kerja Projek IC Mahathir dulu dan sudah berkali-kali mengundi dalam pilihanraya sebelum ini? Apakah jumlah kumpulan bersenjata ini hanya sekitar 150 orang atau lebih dari seribu orang? Jika tidak masakan perlu dihantar 7 batalion tentera, PGA dan jet pejuang untuk menyerang mereka? Tak masuk akal.

Yang paling munasabah dari peristiwa Lahad Datu ini ialah, kumpulan bersenjata ini adalah penduduk asing yang telah diberikan kad pengenalan biru oleh Mahathir dulu. Mereka kini adalah rakyat Malaysia dan warganegara Malaysia. Mereka bukan penceroboh tetapi rakyat tempatan hasil Projek IC Mahathir yang bangun memberontak. Itu sebabnya kerajaan menggunakan polis, tidak menggunakan tentera.

Pihak tentera hanya digunakan kemudian itupun pengarah operasi tetap di bawah Ketua Polis Negara.
Mengapa kerajaan tak menghantar FRU yang selama ini begitu ganas membelasah rakyat pada perhimpuna BERSIH? Kita nak tengok setakat mana hebatnya FRU bila berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini, selama ini FRU hanya berani pada rakyat yang lemah , tidak berdaya dan tidak bersenjata sahaja. Kecut perut kot.

Kumpulan bersenjata ini yang juga penduduk tetap Sabah mungkin sudah dijanjikan akan diberikan tanah sekiranya mengundi UMNO/BN sejak zaman Mahathir lagi tetapi hanya janji kosong. Kini mungkin Najib menabur janji lagi agar mereka mengundi UMNO/BN dalam PRU13 nanti tetapi oleh kerana sudah kerapkali ditipu dan dikhianati maka kali ini mereka mendesak diberikan tanah yang dijanjikan oleh Najib sebelum PRU13 kerana jika tidak, selepas menang nanti, janji akan tinggal janji juga.

Pemimpin kumpulan ini telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa kumpulan mereka telah menjalani latihan ketenteraan di Sabah dan mereka masih mempunyai banyak senjata canggih yang disembunyikan di Sabah yang diberikan oleh bekas pemimpin Libya Muamar Ghadafi dulu yang digunakan untuk menyerang tentera kerajaan Filipina dulu. Kenyataan kerajaan bahawa kumpulan ini datang melalui laut hanyalah untuk mengaburi mata rakyat bagi menutup kerja khianat Mahathir dan UMNO dalam “projek IC” Mahathir dulu dan cubaan untuk mengelak dari diketahui oleh rakyat akan perkara sebenarnya. Jika tidak, tidak mustahil rakyat yang masih menyokong UMNO akan turut marah dan menolak UMNO dalm PRU13 nanti. Yang pasti, kejadian ini berlaku adalah berpunca dari “projek IC” Mahathir dan UMNO, kini pihak keselamatan dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa korban angkara Mahathir dan UMNO.

UMNO ingat kaum Sulu dan pendatang lain yang terlibat dengan kumpulan bersenjata ini sama seperti Melayu UMNO agaknya yang boleh dipermainkan, ditipu dan digula-gulakan semata-mata untuk mendapatkan undi dengan berbagai janji palsu, sekarang terimalah padahnya, senjata sudah makan tuan.

Janganlah cuba hendak merekacipta dengan kedatangan kumpulan ini melalui laut, kerana mereka semua ini sudah berada lama di Sabah dan mengundi bagi pihak UMNO kerana terpedaya dengan janji, kini mereka sudah hilang sabar dan bangkit memberontak. Tak mustahil kesemua mereka itu mepunyai IC biru yang diberikan oleh Mahathir si bapa pengkhianat dan petualang negara itu.

Angkara projek IC Mahathir dan angkara janji palsu UMNO, kini anggota keselamatan dan rakyat Sabah menanggung bebanya dan menjadi korbanya sedangkan pemimpin UMNO sibuk berebut projek, berebut jawatan, nak jadi calun PRU13 dan sibuk mencari idea bagaimana nak rompak harta rakyat dan nak bagaimana cara nak tipu rakyat lagi. Mahathir kini duduk selesa kehulu kehilir menjual temberangnya, dia sudah tidak peduli apa nak jadi pada rakyat Sabah, pada polis dan tentera. Manusia seperti Mahathir ini sepatutnya sudah lama dihumban ke penjara Sungai Buluh. Angkara beliau juga bangsa Melayu menjadi hancur dan aqidah umat Islam menjadi lebur.

Pemimpin UMNO bertempik ke hulu ke hilir menyindir dan mencabar pemimpin Pakatan Rakyat kononya mereka adalah penyelamat dan kes Lahad Datu ini sedangkan mereka seronok duduk di bilik hawa dingin, tidur malam di hotel mewah, makan disediakan sedangkan anggota keselamatan (polis dan tentera) bersengkang mata, bergadai nyawa, makan dan minum ala kadar, solat entah ke mana, tidur sekadar melepaskan rasa mengantuk, letih tidak terkata semata-mata untuk berdepan dengan kumpulan bersenjata ini. Itulah sebenarnya wajah pemimpin UMNO. Mereka cetuskan ketegangan semata-mata untuk politik mereka dan memperalatkan polis dan tentera demi untuk kekalkan kuasa.

Yang jadi mangsa ialah polis, tentera dan rakyat. Inikah kerajaan dan pemimpin yang harus kita bela dan pertahankan lagi? Oleh itu, wahai anggota tentera, anggota polis dan semua rakyat jelata, ayuh kita sama-sama tumbang dan kuburkan UMNO/BN atau kini dikenali sebagai “Firaun Kecil” dalam PRU13 nanti demi kesejahteraan dan keamanan negara serta keselamatan harta rakyat dan negara.

Kita lihat sahaja sekarang kerajaan menolak gencatan senjata dan tidak peduli samada pihak keselamatan terus memburu dan membunuh kumpulan bersenjata tersebut atau dibiarkan mereka lari pulang ke negara asal mereka, ini adalah kerana mereka semua itu sudah tidak berguna lagi buat UMNO/kerajaan, jika dibiarkan mereka terus tinggal di Sabah, yang pasti mereka semua itu tidak akan mengundi dan menyokong UMNO/BN lagi dalam PRU13 ini. Oleh itu UMNO/kerajaan hanya cuci tangan. Wallahualam.

Tiada ulasan: