Semuanya gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak yang takut kalah pilihanraya sehingga Tan Seri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Hussein Onn dan Tan Seri Aziz Yusuf membuat kenyataan yang mengarut mengenai suasana PRU 13.
Sebelumnya Tan Seri Muhyiddin mengatakan beliau memiliki dokumen yang mengatakan ada pihak yang hendak mengadakan huru hara selepas PRU 13. Manakala Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan ajaran sesat akan menganggu pada hari mengundi. Datuk Seri Hishamuddin pula mengatakan akan berlaku gangguan di dalam ceramah semasa kempen PRU 13.
Janganlah menanamkan budaya takut kepada pengundi. Seolah-olah jangan bagi rakyat tukar selera daripada memilih BN kepada memilih PR. Hentikanlah tektik lapuk untuk menjatuhkan parti lawan. PRU 12 menjadi bukti negeri yang dimenangi oleh PR berjalan dengan selesa. Negeri Terengganu yang dimenangi oleh Umno berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Datuk Seri Idris Jusuh yang mengadakan tunjuk perasaan mengatakan Sultan Terengganu binatang.
Jika benar mereka ada dokumen dan bukti, maka perlu kena siasat dan ambil tindakan pencegahan segera sebelum terlambat. Rakyat Malaysia tidak mahu tragedi Lahad Datu berulang kembali, apabila pemberontak sudah bertapak baru hendak bertindak.
Berkenaan dengan gangguan ceramah, Hishamudin tidak perlu tunggu pilihanraya. Sekarang pun sudah ada gangguan dan pengganas yang menganggu ceramah PR. Apa tindakan yang telah diambil kepada pengacau? Bertindaklah secara profesional tanpa memilih bulu. Jangan cemarkan institusi hukum di negara ini, angkara terlalu ikut telunjuk Umno-BN.
PR yakin peralihan kuasa berlaku dengan baik. Terbukti dan teruji kekecohan yang berlaku angkara penyokong Umno. Hampir 50 demontrasi di Pulau Pinang, demo kepala lembu di Selangor. Nasib baik pemimpin PR berjaya menenangkan penyokongnya supaya tidak melayan provokasi penyokong Umno-BN yang tidak boleh menerima hakikat adat perlawanan. Mereka membuat kecoh kerana balang oksigen mereka bocor, sehingga sesak nafas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan