Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar.
Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihan raya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah mutlak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan diguna pakai dalam kempen pilihan raya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas.
Implikasi dari pilihan raya di dua buah negeri ini ialah Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihan raya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihan raya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum Parlimen dibubar 28 April.
Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa Parlimen masih belum dibubar.
Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran Parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran Parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.
Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan