SEBUAH portal menyebut terdapat percanggahan pendirian di antara DS
Anwar Ibrahim dengan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas di Gebeng.
Apa percanggahannya?
Disebut DS Anwar Ibrahim akan menerima Operasi Lynas sekiranya terdapat
bukti beberapa peraturan telah dipatuhi terutamanya tentang isu
keselamatan dan alam sekitar. YB Fuziah Salleh pula sejak dahulu lagi
menyebut PR menentang Kilang Lynas ini bukan bermaksud PR menentang
projek pembangunan, tetapi terbukti Lynas gagal membuktikan ianya
selamat dan mematuhi beberapa peraturan keselamatan dan alam sekitar
yang ditetapkan. Apa bezanya kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut?
Ertikata lain, sehingga kini Lynas tetap dianggap merbahaya dan dengan
itu PR menolak kewujudan Kilang Lynas tersebut. Komitmen ini
diperkuatkan lagi dengan memasukkan pembatalan Operasi Kilang Lynas di
Gebeng di dalam Manifesto PR. Apa yang disebut oleh DS Anwar Ibrahim
yang terbaru itu hanyalah mengulangi apa yang beliau sebut dahulu lagi
tentang isu Lynas bahkan dijelaskan banyak kali di dalam Parlimen
mengapa PR menolak operasi Kilang Lynas tersebut. Manakala kenyataan YB
Fuziah Salleh, MP Kuantan itu pula memperkuatkan hujah bahawa Operasi
Kilang Lynas memang patut dihentikan atas kegagalan pihak kerajaan
membuktikan beberapa perkara yang pernah diminta oleh PR tentang jaminan
keselamatan Kilang tanpa cukai selama 12 tahun ini.
Tiada percanggahan pun sebenarnya, cuma diolah agar menunjukkan PR tidak
menolak mentah-mentah Kilang Lynas di Gebeng tanpa alasan yang kukuh.
Buktinya, DS Anwar Ibrahim sendiri bersetuju untuk memasukkan pembatalan
Kilang Lynas di Gebeng itu sebagai salah satu Manifesto PR yang baru
diumumkan di dalam Konvensyen PR di Shah Alam baru-baru ini. Maka,
janji YB Fuziah Salleh kepada rakyat Kuantan khususnya sejajar dengar
Manifesto PR tersebut. Adakah kenyataan terbaru DS Anwar Ibrahim itu
menyokong Kilang Lynas tanpa syarat? Dan adakah kenyataan beliau juga
telah mengubah Manifesto PR? Jawapannya tidak. Ertinya, Kilang Lynas
sahih akan dihentikan sekiranya PR memerintah Putrajaya.
Portal Pahang Daily itu juga memberikan persoalan apakah rakyat nanti
akan menjadi tidak yakin dengan janji PR untuk membatalkan operasi
Kilang Lynas dan mungkin akan kembali menyokong Bn? Jika akal
berfikiran betul, mana yang mahu kita pilih samada parti yang sahih dan
'terbukti' kini telah wujudkan Kilang Lynas dengan parti yang belum
memerintah tetapi ada prinsip dan dasarnya yang menolak Kilang Lynas?
Sokong Bn, sudah tentu Lynas diteruskan seperti sekarang. Sokong PR,
'belum tentu' walaupun di dalam Manifestonya terdapat perkara yang
menyebut Lynas akan dihentikan. "Belum tentu' ini subjektif dan boleh
difikirkan tetapi yang pasti Bn telah pun mewujudkan kilang Lynas
tersebut. Tentulah akal yang sihat akan memilih parti yang 'belum
tentu' tetapi terdapat komitmen di dalam Manifestonya.
Aku tidak pasti pula jika rakyat mahu memilih satu lagi kumpulan yang
bergelar "Third Force" yang pastinya tidak mampu berbuat apa-apa kerana
kumpulan ini bukannya bertanding untuk menjadi Kerajaan tetapi sekadar
ingin mengambil kesempatan semata-mata. Jika sekadar mahu menjadi Wakil
Rakyat untuk membantah Lynas tetapi tidak berkuasa untuk
merealisasikannya, lebih baik pilih PR yang kini bersedia untuk
mengambil alih kerajaan, lagi pun selama ini PR yang belum menjadi
kerajaan pun sudah komited menentang kewujudan Lynas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan