Oleh H FANSURI
Memang
Najib Razak dan menteri pertahanan tidak mempunyai rasa prihatin ke
atas nasib bali-balu tentera yang baru kematian suami mereka di Lahad
Datu.
Kain rentang di sepanjang Jalan Ampang telah menunjukkan kemegahan sistem pertahanan.
Tapi,
ini semua makin tidak bererti lagi kerana dunia menyedari bahawa
pertahanan kita amat lemah di bawah Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Selain
itu, timbul persoalan baru. Jika LIMA itu bakal diadakan pada 26 - 30
Mac depan, maka bilakah agaknya pembubaran Parlimen?
Semua
ini terngiang-ngiang di fikiran ketika terpandang kain rentang sekitar
Jalan Ampang itu saat menuju rumah Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi
Othman pada Jumaat lalu.
Iklan
kain rentang ini berbaris sepanjang jalan. Ia menghebahkan program LIMA
yang bakal diadakan di Langkawi tanggal 26 - 30 Mac ini.
Ya...
Ahmad
Zahid Hamidi kelihatan begitu riang ketawa bersama Najib Razak bagi
menyambut acara tersebut, sementara tentera kita bertungkus-lumus di
medan juang. Dan, ramai pula balu yang sedang berjuraian air mata!
Adakah
ini punca petaka ketika Najib Razak menghadiri Bekwok di Kelantan
baru-baru ini? Tuhan memarahi mereka yang selalu memungkiri janji.
|
Ahad, 17 Mac 2013
Gempar LIMA: Najib Razak khianati tentera dan balu askar?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan