Rabu, 20 Mac 2013

Gempar :Dr Mahathir 'pengiklan biografi' Rosmah?


Dr M 'pengiklan buku' Rosmah?

Oleh H FANSURI
Ada sesuatu yang menggegarkan Malaysia mutakhir ini. Dr Mahathir, negarawan ulung dan pernah menulis sendiri memoir beliau, kini tergamak menjadi hamba suruhan atau budak suruhan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Padahal memoir Dr M - A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad - adalah 7 petala langit dibanding biografi Rosmah yang terletak di tempat paling rendah di bawah 7 petala bumi di bahagian kerak bumi itu.

Tapi, Dr Mahathir hanya terdaya menyatakan, ""Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya saat melancarkan buku setebal 180 halaman. 

Ketebalan buku Rosmah itu tidaklah tebal mengatasi ketebalan memoir Dr M yang sarat, padat dengan deretan fitnah berbaris-baris itu. Tetapi Dr M masih juga memberi erti yang sakti terhadap memoir isteri Najib Razak itu.

Menurut laporan lalu, rakyat dimaklumkan bahawa memoir Rosmah itu terbit pada Januari lalu. Tapi...impian menerbitkan memoir itu terlaksana ketika Parlimen akan terbubar. Jangkaan kita selalu tersasar. Daripada Januari tersasar Mac.

Yang paling tidak masuk akal ialah - umat tidak dapat menjangkakan bahawa Dr Mahathir Mohamad, negarawan ulung sudi menjadi 'pengiklan buku' Rosmah itu.

Terbaru, ketika melancarkan biografi Rosmah itu, Dr M mencadangkan agar buku Rosmah itu diedarkan ke sekolah-sekolah di Malaysia.

"Yang paling tak tahan, ada wasiat Dr M, buku Rosmah patut dijadikan pedoman bagi generasi akan datang," kata teman-teman.

Kegemparan seperti ini memberikan warna-warni kepada sejarah Malaysia selepas Umno dan BN digulingkan rakyat pada masa depan. Rakyat akan meletakkan nama Rosmah sebaris Marie Antoinette di atas pentas sejarah.

Hebatnya Rosmah ini sungguh mengkagumkan. Sebelum ini Sultan Pahang telah pun hadir dalam suatu acara bagi menghebahkan biografi Rosmah.

Kini, selepas dikeluarkan daripada kilang cetak. Dr Mahathir pula yang raikan biografi Rosmah itu. Ini tamparan maut terhadap intelektualisme bangsa kita.

Mana ada sebuah biografi yang menerima darjah penghormatan sehebat biografi Rosmah ini. Segala tinta dakwat yang digunakan untuk merakam kisah Rosmah ini berasa cukup bertuah kerana telibat dalam penghormatan ini.

Segala kayu-kayan yang dipotong untuk mencetak halaman demi halaman biografi itu turut berasa bangga dengan penghormatan ini.

Syahadan dicatat dalam Sulalatus Salatin mengenai kehadiran sebuah kitab; Duril Mazlum yang dibawa dengan gajah, diarak ke istana dan orang bangga mengerumuninya.

Maka, kitab Duril Mazlum juga lebih hebat penghormatannya dibanding biografi Rosmah. Hakikat ini wajar disedari oleh Dr M sebagai 'pengiklan buku' Rosmah.

Duril Mazlum adalah sebuah kitab tasawuf yang memberi pedoman kepada rakyat. Sebab itu, ia meraih penghormatan bangsa Melayu. Tapi, biografi Rosmah hanya membariskan suka duka kehidupannya sahaja.

Tergamak Dr M sebagai 'pengiklan buku' Rosmah menyandarkan buku itu sebagai pedoman dan oleh sebab itu wajar ia diedarkan ke sekolah-sekolah di Malaysia.

"Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka," demikian kata Dr M lagi, menyifatkan buku itu amat berharga di sisinya. Tetapi, Dr M merujuk buku biografi pemimpin negara.

Adakah Rosmah Mansor itu pemimpin negara? Atau, Dr M hanya menyindir Rosmah sahaja? Kata pepatah, marahkan anak sindir menantu. Mungkin Dr M 'candek' si Rosmah sekali gus menyindir Najib Razak yang belum menulis biografinya lagi?

Semua sikap Dr M boleh ditafsir dalam banyak jalur. Setidak-tidaknya, jalur yang boleh dikesan setakat ini ada dua. Pertama, memang benar buku Rosmah itu adalah pedoman berguna bagi setiap insan. Kedua, Dr M sindir sahaja.

Sama ada Dr Mahathir memang ikhlas dan jujur dalam memperakui sahkan biografi Rosmah itu layak dijadikan pedoman, atau beliau cuma sindir saja, namun suatu hakikat yang pasti adalah - Dr M adalah 'PENGIKLAN BUKU' Rosmah Mansor.

Entah berapa banyak komisen yang Dr M dapat daripada isteri PM yang baru saja terlanjak mandat itu, tidaklah kita ketahui. Susah juga nak diajak berunding hal komisen ni. Silap tanya hal komisen silap-silap kena penangan C4 nanti.

1 ulasan:

Sabina45 berkata...

Orang yang tak boleh dibuat contoh nak dijadikan model untuk anak-anak muda ikut,bagaimana jika diri sendiri pun tak mampu nak diurus hendak menyuruh orang ikut contoh kelakuan kelayak kita ,lihat saja cara pemakaian langsung tidak menunjukkan sebagai idola yang boleh dituruti,kepala terdedah pakaian ketat sana ketat sini nampak boyot sana boyot s ini kalau silam tak mengapalah ini mengalah guni bawang langsung tak ada potongan,eloklah yang menulis. Biografi nya pun seorang yang dah lupa daratan dek kerana terlalu gila kuasa.