Sebelum ini portal Buzz Feed Portal
pernah mendedahkan kegiatan Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan telah
bertindak membayar kalangan blogger-blogger dari USA dengan tujuan
supaya lebih banyak berita memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihebahkan di media antarabangsa & selain memuji-muji pentadbirannya selaku Perdana Menteri. Itu kata portal itulah.
Pada masa itu, Berita Semasa tidak
sedikit pun mengambil pusing berita yang disiarkan oleh portal tersebut
disebabkan masih lagi meragui dan sangsi dengan kredibiliti mereka. Dan
portal Buzz Feed Politics ini bukan suatu portal yang ternama dan
berpengaruh. Tetapi….Ya, ada tetapinya :
Sehinggalah pada 7 Mac 2012, The Wall
Street Journal sendiri mengambil tempat menyiarkan berita mengenai
pembayaran oleh Najib kepada Blogger dari US itu di bawah tajuk
‘Malaysia’s U.S. Propaganda’. Diberitakan kempen propaganda telah pun
bermula sejak Mei 2008 lagi sehingga April 2011 dan ia diketuai oleh
Joshua Trevino.
Ini antara laporan berita The Wall Street Journal :
- Joshua Trevino menerima bayaran USD389,724.70
- Antara nama yang terlibat menjalankan propaganda berkaitan dengan nama Anwar Ibrahim ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
- Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia
Tidak ketinggalan juga media antarabangsa Russia Today turut memberikan liputan meluas mengenai skandal terbaru ini…
P/S : Diharapkan kepada Datuk Seri Najib
Razak terus diberikan kekuatan dan keberanian, supaya dapat meluangkan
masa tampil ke hadapan menjawab dan mempertahankan nama Malaysia yang
terus “dicampakkan” dengan berita-berita keburukan seperti ini.
Buktikan
kepada mereka yang dakwaan dan persoalan seperti adalah dusta belaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan