Rabu, 7 November 2012

Rosnah: Kenyataan Izzah mengecewakan

Wartawan Sinar Harian

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
 
SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu seharusnya diberi kebebasan untuk memilih agama sendiri dilihat sebagai kenyataan memalukan lagi mengecewakan.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Nurul Izzah perlu membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat semasa menjadi panelis forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Menurutnya, kenyataan ini bertentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas agama Islam.

"Mengapa Nurul Izzah perlu menggunakan taktik murahan demi meraih undi orang bukan Islam? Adakah pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup menggadai agama sendiri demi meraih kemenangan politik?

"Kita tidak menghalang kebebasan orang yang bukan Melayu untuk mempraktikkan agama masing-masing, tetapi sudah jelas termaktub bahawa sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib pelihara agama kita," katanya.

Beliau turut menggesa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Dewan Muslimat Pas tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan itu.

Tiada ulasan: