Mungkin kekalahan terbit daripada hasil uji kaji Datuk K Rajagobal yang tidak menjadi dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa sebelum ini.
Paling mendukacitakan, barisan pertahanan negara gagal mengekang kemaraan kuda tua Lions, Aleksandar Duric yang meledak gol ketiga Singapura pada minit ke-75 sebaik sahaja dimasukkan beberapa minit sebelum itu.
Terdahulu, ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak meletakkan juara tiga kali itu di hadapan menerusi dua gol pada babak pertama selepas bijak menyempurnakan peluang ketika barisan pertahanan negara ‘terlena’.
Malaysia menerusi gandingan Safee-Mat Yo sesekali mengancam kubu Lions dan ada kalanya tampak meyakinkan.
Meskipun mempunyai beberapa peluang merapatkan kedudukan, jentera serangan tetap gagal menterjemahkan jaringan sehingga pengadil, Kovalenko Valentin menamatkan perlawanan.
Rajagobal ketika ditemui pada sidang media akur dengan kekalahan pertama negara pada aksi pembukaan Kumpulan B.
Menurutnya, beberapa kesilapan individu menghukum seluruh pasukan.
“Selepas ketinggalan dua gol pada babak pertama, pemain cuba bangkit. Tapi, salah faham pemain membolehkan Singapura menambah gol ketiga sekali gus mematikan langkah Harimau Malaya,” katanya.
Sementara itu, pengendali Singapura, Radojko Avramovic berpuas hati dengan keputusan dicapai pasukannya sambil memuji barisan benteng pertahanan mereka yang disifatkannya bermain begitu baik.
Kekalahan anak didik Rajagobal meletakkan skuad Harimau Malaya di tangga tercorot kumpulan.
Justeru, pemain negara perlu mencatat kemenangan pada dua baki perlawanan seterusnya menentang Laos (Rabu) dan Indonesia (1 Disember) bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir.
Sebelum itu, Indonesia dan Laos berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 pada perlawanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan