Pemuda
Umno Sabah telah mengambil inisiatif mengedarkan borang permohonan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada ketua Pemuda Umno bahagian
seluruh Sabah untuk diedarkan kepada golongan muda di 25 bahagian.
Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang berkata, borang itu diedarkan Skuad Utusan Pemuda Umno bagi memastikan golongan sasar mendapat maklumat yang jelas berhubung bantuan tersebut.
"Walaupun menyedari pendaftaran BRIM 2.0 boleh dibuat secara online, kami mengambil pendekatan turun padang sebagai pemudah cara kepada golongan sasar memohonnya, termasuklah sehingga membantu mengisikan borang tersebut," katanya semasa mempengerusi mesyuarat ketua-ketua Pemuda Umno bahagian.
Menurut Awang Kadin, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Sandakan berkata, pendekatan turun padang itu juga bertujuan membetulkan kekeliruan orang ramai berhubung inisiatif BRIM 2.0 itu, antaranya sama ada ahli keluarga sama layak menerimanya atau sebaliknya.
"Anak-anak bujang masih layak menerima bantuan ini meskipun ibu bapa mereka turut menerimanya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
"Cuma kaedah agihan kepada anak-anak bujang dan ibu bapa mereka itu adalah berbeza," katanya.
Dalam mesyuarat itu, Ketua Pemuda bahagian Kota Kinabalu, Bahrul Razha Chuprat dipilih mewakili pergerakan itu menjadi jurucakap dalam perhimpunan agungnya pada 27-28 November ini di PWTC.
Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Joh Wid dan Penolong Setiausaha, Shahelmey Yahya serta ketua-ketua Pemuda bahagian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan