Kerajaan
Selangor akan mengumumkan keanggotaan pasukan petugas bebas mengkaji
isu sekitar pembinaan kondominium berhampiran kuil Subramaniar di Batu
Caves selepas mendapat persetujuan mereka yang dicadangkan.
Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia akan hanya diumumkan selepas mesyuarat mingguan exco minggu depan kerana beliau sendiri akan menghubungi nama-nama yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan petugas tersebut.
"Nama-nama yang kita anggap sesuai saya sendiri perlu dapat persetujuan daripada mereka," katanya selepas mesyuarat exco, sambil menambah pasukan petugas itu akan mempunyai lima sehingga tujuh orang anggota.
Pembentukan pasukan petugas itu diumumkan Khalid di Parlimen semalam dan menurutnya, ia mungkin diketuai seorang bekas hakim.
Anggota pasukan itu yang merangkumi perancang, peguam dan individu berkaitan industri, akan menasihati kerajaan negeri cara terbaik untuk mendepani isu tersebut bagi memastikan kesucian tempat itu terpelihara di samping tidak mengabaikan pembangunan yang telah dirancang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan