Ahad, 25 November 2012

Doa hak individu. Kenapa takut?

Oleh: Rossem

Ketika doa yang menakutkan pemimpin dan pendokong Umno/BN itu dibaca, saya berada di luar stadium, tak bersama  jamaah  yang berada di dalam stadium mengamimkan doa, namun  walaupun di luar stadium, inti  dari doa itu dapat didengar dengan jelas bersahutan bersama  ucapan amim yang bergema lebih dari 50,000 jamaah yang hadir persis bunyi guruh dari langit ketika musim tengkujuh.


Solat sunat hajat dan bermunajat secara berjamaah di lapangan lumrah bagi pendokong PAS terutama di Kelantan sejak dulu, bahkan telah menjadi semacam tradisi bagi  orang  PAS Kelantan bila  timbul masalah yang di luar batas-batas upaya mereka menyelesaikan sesutau hal yang menghalang arus perjuangannya, justeru mereka mengadakan solat sunat hajat berjamaah, memohon langsung kepada Allah SWT agar dimudahkan jalan penyelesaiannya.


 Jumlah  jamaah yang dikerah dan tempat diadakan acara solat sunat  hajat  bergantung kepada keperluan doa, jika pemasalahannya besar, melibatkan ummat dan masa depan perjuangan Islam maka lokasi solat dan munajat diadakan di stadium kerana stadium boleh menampung jamaah yang ramai, sebaliknya  jika   isu  kecil, memadai  di lapangan yang terbatas dengan jamaah yang menimum.

 Sebelum in,  solat  hajat dan munajat yang bertaraf  “stadium” diimamkan   Tuan Guru Dato’ Haji Abdullah Lubok Tapah (Alamarhum), Tuan Guru Haji Hussain (Almarhum), Tuan Guru Dato’ Haji Hashim atau Ayah Sin, mudir Pondok Terosan, Pasir Tumbuh (Almarhum)  dan ADUN Demik, Ustaz Haji Muhamad Mustafa.
Tok Guru Haji Abdullah atau akrab dipanggil Tok Guru Haji Lah seorang ulama terkenal di Kelantan yang dikatakan “masin mulutnya”. Dihormati bukan saja  oleh  pendokong PAS, bahkan  Umno. Allahyarham amat  akrab dengan Sultan Muhammad V. Demikian juga Tok Guru Ayah Sin, doanya dikatakan mustajab. Sekarang tok-tok guru itu sudah  kembali kerahmatullah.
 Sebagai ganti memimpin doa ialah  Ustaz Mohamad Mustafa. Pertama kali ADUN Demit itu memimpin solat sunat hajat ialah menjelang  malam terakhir pilihan raya umum ke 12 (2008) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Ramai jamaah mengalir air mata ketika doa dipanjatkan, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tak dapat menahan sebak, air mata menetes ke pipinya, dimana foto Menteri Besar menangis tersebar meluas, bahkan dicetak sebagai poster.

Solat hajat dan munajat berikutnya yang bertaraf “stadium” diadakan  malam 16 November 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sempena Majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kelantan. Solat hajat  dihoskan Dewan Ulama PAS Kelantan. Pemimpin bacaan doa malam itu ialah adek kepada Tuan Guru Nik  Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ustaz Haji Nik Razi Nik Mat.

Kurang lebih  50,000 jamaah memenuhi setiap ruang stadium  untuk solat Maghrib, Insya dan sunat hajat. Kehadiran jamaah yang luar bisa pada malam itu antaranya disebabkan sebahagian jamaah  terdiri  perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan PAS Ke 58 yang datang dari seluruh Malaysia untuk menghadiri Muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Islam Kelantan (PUTIK). Mereka turut bersama warga  tempatan mendirikan solat dan bermunajat. Diantara orang luar yang hadir ialah  wakil dari Arab Saudi dan Syria.

Dalam munajatnya, Ustaz Nik Razi memohon  agar Allah SWT  menghancurkan Umno/BN, beliau juga menggunakan istilah KO untuk Umno/BN, seterusnya memohon Allah permudahkan perjalanan Pakatan Rakyat  menuju Putrajaya.

Nik Razi yang juga mantan pensyarah UITM tidak  menamakan individu tertentu dalam doanya, hanya sekadar menyebut nama organisasi  saja. Namun, doa itu ternyata menimbulkan kemarahan pemimpin dan pendokong Umno/BN. Mereka seperti terkena  semburan cili pada mata sehingga   mengeluarkan pelbagai  kenyataan pelik-pelik malah  ada diantara kenyataan itu   mengelikan hati. Semua itu, tidak lain disebabkan    rasa takut yang amat sangat kepada doa.

Mereka takut Allah SWT perkenankan doa penyokong PAS pada malam itu dan akibatnya  Umno/BN benar-benar tumbang. Maka  runtuhlah tempat mereka bertedung selama ini. Tapi mereka lupa bahawa  Umno pernah runtuh di zaman Dr Mahathir dulu. Mahkamah mengharamkan Umno ketika itu sehingga pemimpin Umno terpaksa menubuhkan parti baru iaitu Umno Baru. Mereka yang bersama   Umno Baru masih lagi hidup sehingga sekarang seperti Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak.

Kalau Umno/BN runtuh, jangan khuatir, pemimpin Umno masih ada, mereka boleh tubuh parti baru dan barangkali parti baru itu lebih diterima rakyat berbanding Umno/BN yang ada sekarang. Justeru jangan menzahirkan sangat perasaan takut kepada  doa yang dibaca  Ustaz Nik Razi dan diamimkan lebih 50,000 jamaah itu.

Doa yang dilafazkan Ustaz Nik Razi itu terlalu umum justeru ia tidak bercanggah dengan Islam kerana tidak ditujukan kepada pemimpin, ahli-ahli Umno, tetapi kepada organisasi, iaitu organisasi Umno yang jelas tidak berjuang atas dasar Islam, sebaliknya berjuang atas dasar nasionalis.

Masyarakat kita termasuk orang Umno sendiri ada yang  berdoa hancurkan Israel, K.O Israel tetapi tidak pula menjadi kontrversi. Tak ada pula komen dari ustaz-ustaz dari kalangan Umno mengatakan umat Islam tidak dibolehkan berdoa seperti itu. Kemarahan kita yang berapi-rapi kepada rejim Zionis  Israel kerana membunuh rakyat Palestin namun dalam doa tidak pernah disebut nama individu seperti Perdana Menteri Natanyahu. Yang disebut ialah negara atau organisasi kerana kita berlawan dengan negara dan organisasi itu bukan individu.

Salah satu senjata yang ada pada PAS  untuk berlawan dengan Umno adalah doa. Justeru menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tidak menjadi kesalahan dalam Islam jika PAS berdoa untuk kehancuran Umno kerana Umno musuh politik mereka. http://demitinta.blogspot.com/

Tiada ulasan: