THE MALAYSIAN INSIDER
Sambutan di kompleks kuil di Batu Caves di sini adalah antara acara
kemuncak pada hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menyertai lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan latar belakang pada
majlis rumah terbuka anjuran MIC.
Orang ramai yang mula berkumpul di perkarangan kompleks itu seawal 8 pagi, dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan vegetarian India. Rumah terbuka itu diadakan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Dimeriahkan dengan paluan gendang dan seruling India serta cuaca pagi yang nyaman, ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada kira-kira 10.30 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti.
Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Tetamu lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta beberapa timbalan menteri, pemimpin politik dan diplomat asing.
Memakai kurta berwarna kuning air dengan seluar warna senada dan sebai berwarna merah, Najib kemudiannya memotong kek Deepavali, diiringi Palanivel, Samy Vellu, Rais dan tetamu kehormat lain.
Sementara itu, pelancong dari Jerman, Andrea Niepalla berkata majlis rumah terbuka Deepavali penuh warna-warni itu amat unik dan mengagumkan, manakala Michel Wilmer dari Switzerland berasa gembira kerana berpeluang menikmati pelbagai juadah kaum India dan kagum dengan keramahan rakyat Malaysia.
“Sungguh seronok berada di Malaysia dan menghadiri majlis yang penduduk pelbagai kaum dan agama meraikannya bersama-sama dengan penuh meriah dan gembira,” katanya kepada Bernama. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan