Khamis, 16 Februari 2012

Jangan Kompromi Soal Akidah , Hatta Najib Mahupun Anwar

Oleh Wfauudin


MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves. Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam.

Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut. Selebihnya, Wallahu Aklam.

Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas? Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'? Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka? Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India?

Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini. Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama. Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam.

Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu. Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama. Wallahu Aklam.

Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka.

Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.

Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah. Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain. Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera. Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: