Bekas Pengerusi Majlis Fatwa, Dr. Ismail Ibrahim mahukan penjelasan dari Majlis Fatwa terhadap ketegasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa pencemaran Perdana Menteri Najib ke sambutan Thaipusam boleh merosakkan akidah.Mufti itu tidak membuat reaksi spontan terhadap kehadiran pasangan Perdana Menteri dan Wanita Pertamanya di acara agama Hindu itu, bahkan katanya ia telah diingatkannya berkali-kali sebelum ini.
Harussani tidak pernah menyembunyikan pendiriannya dalam apa perkara pun dan sudah tentu pandangannya tentang perkara itu ada dalam pengetahuan sekalian anggota Majlis Fatwa. Harussana tentu ada membangkitkan hal seperti dengan rakan-rakan sejawatnya.
Sebelum beliau memberi reaksi terbaru terhadap tindakan Najib itu dipercayai Mufti itu tidak mendapat maklum balas yang berbeza dari rakan-rakannya.
Ertinya bukan baru hari ini Harussani mempunyai sikap yang demikian terhadap penyertaan orang Islam dalam Thaipusam, ia adalah keputusan dan sikapnya sejak sekian lama.
Mengapa pula Dr. Ismail Ibrahim membuat komen melalui jaringan sesawangnya jika dia tidak puas hati dengan kenyataan Harussani? Anggapan awal saya tentang komen Dr. Ismail ialah beliau mahukan penjelasan lanjut.
Mengapa Dr. Ismial tidak menghubungi terus Harussani tentang isu-isu yang tidak jelas padanya terhadap kenyataan Harussani itu? Dr. Ismail bukan pengamal media menyatakan apa saja mengikut selera dan kepercayaannya. Dia juga bukan orang politik yang perlu memberikan reaksi spontan terhadap semua isu.
Dr. Ismail ulama yang darjah pro kerajaannya kira-kira sama dengan Harussani. Maka Dr. Ismail patut bertanya dari Harussani dulu sebelum memberi reaksi terhadap pandangan Harussani.
Harussani dalam hal ini mahu menyelamatkan akidah umat Islam. Apa yang dicakapkannya itu adalah perkara besar. Dia tidak sekadar mengingatkan orang ramai tetapi ia dituju terus kepada Perdana Menteri.
Akidah Perdana Menteri yang dipersoalkannya. Tidak diketahui akidah Perdana Menteri di sisi Allah atas kejadian itu. Hanya Allah yang tahu akidahnya sudah rosak atau tidak rosak. Tetapi hukum orang Islam merayakan sama acara agama orang lain boleh menyebabkan rosak akidah.
Maka yang menjadi perbincangan sekarang kehadirannya itu telah mendatangkan fitnah kepada akidahnya. Fitnah itu hendaklah dielakkan. Sama ada akidah itu binasa atau tidak dengan kejadian itu, fahaman umum masyarakat Islam merayakan sama acara agama orang lain adalah dilarang.
Banyak lagi acara agama lain yang diraikan oleh orang Islam. Thaipusam itu adalah satu yang ketara.
Orang Islam biasa hadir dalam acara hari terbuka perayaan berbagai kaum seperti Tahun Baru Cina, Depavali dan lain-lain. Ia sudah dikira acara kebudayaan dan bukan lagi acara agama. Masing-masing tidak diadakan di kuil atau mana-mana rumah ibadat agama.
Kita baru saja melalui satu pengalaman orang Islam hadir dalam jamuan anjuran gereja Mathodist Petaling Jaya. Penguat kuasa JAIS telah menyerbu jamuan itu dan menyoal orang Islam yang hadir. Gereja juga disoal. Umat Islam dan penguasa agama Islam hampir sepakat menyokong tindakan JAIS.
Mana lebih berat antara hadir dalam jamun anjuran gereja dengan hadir di komplek kuil Thaipusam?
Penguasa agama Islam mungkin ada kelonggaran bagi Hari Terbuka Natal yang diadakan di hotel dan di rumah penganut agama itu. Masyarakat Hindu sudah memaklukkan ada perbezaan antara sambulan Deepavali dengan Thaipusam.
Orang Islam tidak mempersoal kehadiran ramai polis Islam menjaga keselamatan Thaipusam, kerana Islam membenarkan polis Islam menjaga keselamatan acara agama lain tidak diganggu.
Apa pun Najib perlu ditanya adakah dia sudah mendapatkan nasihat dari Penasihat Agama Perdana Menteri tentang pencemarannya ke kuil Batu Caves itu? Apalah Penasihat Agama itu sudah memberikan nasihat yang betul? Oleh kerana pemergian itu sudah mendatangkan fitnah, apakah Penasihat Agama telah memberikan pandangan yang terbaik dalam perkara itu.
Kirnya pandangan Harussani tepat, maka penasihat agama, menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri dan timbalannya berdosa sama kerana membiarkan Perdana Menteri terjerumus dalam kejadian yang boleh mencacatkan akidahnya.
Jika Najib tidak minta nasihat mereka, maka buat apa mereka duduk dalam jawatan itu? Orang tahu dan mahu penasihat agama memberikan nasihat yang baik. Jika Najib telah tercemar, penasihat agama boleh disalahkan. Jika Najib tidak minta nasihatnya, penasihat boleh dilihat tidak banyak beza dengan patung bernyawa.
Penasihat perlu memilih antara jadi penasihat atau jadi patung bernyawa?
11 ulasan:
Diharapkan isu ini tidak akan dipolitikkan, tidak seharusnya kita jadikan agama sebagai alat politik.
Mungkin bagus jugalah kalau Penasihat agama boleh tampil memberikan penjelasan yang sewajarnya dalam isu ini supaya orang ramai lebih memahaminya.
isu ini tak perlu nak diperbesarkan lagi.
ketika Anwar menghadiri upacara keagamaan penganut Hindu di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012 tidak ada pula yang buat kecoh..
ketika Anwar menghadiri upacara keagamaan penganut Hindu di Kuil Sri Maha Marriamman, adakah beliau telah mendapatkan nasihat dari penasihat agama yang arif?? atau disebab Anwar dipihak pembangkang, maka semua itu tidak menjadi masalah dan boleh dihalalkan??
Mengenai Najib dan Tahipusam rasanya tidak ada yang perlu diragukan. Itulah tanggungjawab seseorang pemimpin. Untuk selalu mendekati rakyat mereka.
Tidak perlulah mahu menjadikan isu ini fitnah untuk kepentingan diri sendiri.
Mufti Perak sudah menyatakan bahawa perbuatan Najib menghadairi Thaipusam itu tidak melanggar hukum syarak mahupun fatwa.
Jadi, tidak perlulah pihak2 tertentu berusaha untuk memperbesarkan isu ini lagi. hormati kaum dan agama lain. jangan menjadi batu api.
Jangan terlalu menghakimi bila diri sendiri tidaklah sesempurna mana. Selagi batas terjaga, iman yang kuat tidak akan goyah.
Niat yang paling penting.
Catat Ulasan