Rabu, 15 Jun 2011

Tercorot: Pemuda PAS sokong serah laporan segera

Harakahdaily


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersetuju dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang meminta agar kontijen negeri yang menduduki tempat terakhir pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru ini menyerahkan laporan secara jujur persiapan secara terperinci dengan kadar segera bagi melihat apakah punca sebenar prestasi negeri kali ini.

“Kami ingin mendapatkan kepastian, apakah punca sebenar yang menimpa Kontijen Perak yang amat memalukan pada Sukma 14 ini.

“Adakah Ketua Kontijen Perak yang diberikan amanah gagal menjalankan tugas beliau dengan berkesan atau kurang pengalaman?” soal ketuanya, Zawawi Hassan.

Beliau juga mempersoalkan adakah semua atlet semasa persediaan kontijen kali ini mempunyai kelemahan dalam konteks pemilihan.

Apapun, katanya bagi Pemuda PAS negeri, kesemua kecuaian pada Sukma kali ini perlu dipikul juga oleh kerajaan negeri.

Pemuda PAS negeri, ujarnya juga merasakan, kemungkinan terlalu banyak membudayakan slogan-slogan baru daripada memikirkan pencarian dan melahirkan atlet sebagai keutamaan.

“Dan akhirnya, pencapaian yang kita perolehi hanya kecundang seperti Sukma kali ini.

“Kita bukan sahaja sekadar gagal mendapat tempat kelima ke bawah, tetapi kita juga turut gagal mendapat pingat emas pada kali ini,” katanya kesal.

Tiada ulasan: