BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu mengenai tindakan untuk membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerima penjelasan parti itu mengenai kenapa ia tidak harus dibatalkan.
Peguam R Sivarasa yang mewakili PKR dalam saman terhadap ROS, memberitahu pemberita bahawa dalam satu surat bertarikh 30 Mei lalu, ROS menyatakan ia berpuas hati dengan alasan PKR berhubung satu surat tunjuk sebab yang diberikan pada 19 Mei.
Katanya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan dalam surat itu bahawa PKR tidak melanggar Perkara 32.2.1 perlembagaan parti kerana memecat A Rajagopal tanpa diadili oleh lembaga disiplin parti kerana tidak terdapat sebarang klausa seperti itu dalam perlembagaannya.
Sivarasa juga berkata, surat itu menyatakan PKR tidak mempunyai anggota bernama A Rajagopal yang dipecat pada April 2009 sebaliknya parti itu mengambil tindakan terhadap seorang bernama A Jayagopal pada 26 April.
Katanya, dengan perkembangan itu, PKR hari ini menarik balik permohonan untuk diadakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung cubaan ROS membatalkan pendaftaran parti itu dan ini dipersetujui oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.
1 ulasan:
Patut teruskan saman atas kebangaggan ros dan sebab jadi barua amno laknatullah... memang dari mula tak da isu, tapi sebab amno bagi arahan dia jadi benggong. lagi satu sebab amno pun banyak pecat ahlinya... kalau dikorek amnopun boleh diharamkan...
Catat Ulasan