Dalam keputusannya, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan tidak cukup butiran dalam afidavit wartawan Malaysiakini Hazlan Zakaria yang menyokong permohonan itu bagi menentukan konteks perkataan yang diutarakan.
"Oleh itu, ini menimbulkan masalah untuk mahkamah putuskan.
"Berikutan itu, kami dapati bahawa permohonan itu adalah bermasalah dan cacat. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan itu," katanya.
Keluarga Teoh diwakili oleh peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo, manakala pendakwa raya kanan Kamaludin Md Said Andi Razali Jaya mewakili Nazri dan responden yang lain.
Seorang pembohong
Keluarga Teoh mahu tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas Nazri pada 11 April tahun lalu melalui laporan Malaysiakini melabel pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "seorang pembohong" berhubung dakwaannya yang beliau diugut oleh pihak berkuasa Malaysia agar tidak memberi keterangan pada inkues itu.
Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dan keluarga Teoh sedang memikirkan dengan serius bagi membuat rayuan berhubung penolakkan permohonan berkenaan.
"Menteri yang mengeluarkan kata-kata menghina itu adalah satu kesalahan yang serius dan tindakan perlu diambil,” katanya.
Karpal juga melahirkan rasa terkejutnya bahawa Hakim Akhtar gagal menjumpai bukti bahawa Malaysiakini adalah media elektronik.
"Mahkamah mengambil kira notis penghakiman kerana tidak dapat bukti bahawa Malaysiakini adalah media elektronik dan kami agak binggung dengan penemuan itu,” katanya.
"Malaysiakini adalah media elektronik yang diiktiraf dan bagi mahkamah menyatakan demikian adalah sesuatu yang mengejutkan.”
Bukan media elektronik
Karpal juga berharap isu berkenaan dapat dijelaskan kepada mahkamah.
Hakim Akhtar dalam penghakimannya hari ini berkata afidavit wartawan Malaysiakini itu adalah berdasarkan perbualan telefon dengan Nazri.
Namun katanya, tiada bukti menunjukkan Malaysiakini adalah media elektronik.
Pada 16 April, 2010, abang Teoh, Meng Kee, 35, memfailkan notis usul agar Nazri dipenjarakan bagi kesalahan menghina mahkamah.
Meng Kee mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamed Nazri mempunyai 'kecenderungan untuk mencampuri pentadbiran kehakiman', mengakibatkan penghinaan yang serius ke atas mahkamah dan sehubungan itu Nazri harus dipenjarakan.
Campur tangan
Bagaimanapun, Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar permohonan itu semasa inkues Teoh, memutuskan bahawa tidak ada keterangan yang jelas atau kukuh bagi menunjukkan dakwaan Nazri bahawa Dr Pornthip adalah seorang "pembohong" merupakan percubaan untuk campur tangan dalam inkues itu.Inkues itu adalah bagi menentukan sebab kematian Teoh, 30, setiausaha politik Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan