Selasa, 14 Jun 2011

Gabung Hijau Rakyat tuntut Lynas ditutup!

MERDEKA REVIEW

Pendahuluan

IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa) telah dijemput oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Malaysia untuk menjalankan siasatan berhubung risiko pancaran radioaktif oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Zon Industri Gebeng, Pahang. IAEA telah mengadakan sesi-sesi dialog (setengah jam satu sesi) dengan kumpulan-kumpulan terpilih dari 30 Mei hingga 3 Jun 2011 di Kuantan, Pahang dan di Putrajaya. IAEA telah melawat ke tapak LAMP di Gebeng, Pahang secara bersendirian tanpa penyertaan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan wartawan-wartawan.

Pendirian People's Green Coalition

Kami menyokong sepenuhnya tindakan penduduk Pahang dan rakyat Malaysia bagi menghentikan LAMP untuk beroperasi di mana-mana tempat di Malaysia. Kami berpendirian bahawa tidak ada tahap pancaran radioaktif yang boleh dikatakan selamat. Terdedah kepada pancaran radioaktif secara bertokok tambah akan merosakkan kesihatan rakyat dan generasi masa depan kerana genome mereka dirosakkan. Malah kami menganggap bahawa seluruh penduduk didedahkan kepada pancaran radioaktif yang dibuat oleh sesetengah pihak walaupun penentangan penduduk yang kuat merupakan pembunuhan secara perlahan-lahan, tidak disedari dan besar-besaran. Malah perbuatan ini boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap umat manusia. (Rujukan 1)

Kritikan terhadap IAEA

Kami menganggap IAEA dijemput MITI untuk mengadakan siasatan pendek dan cetek berhubung risiko radioaktif berkenaan projek LAMP adalah untuk menenangkan penentangan luas dan kuat oleh orang ramai terhadap projek LAMP di Gebeng, Pahang.

Kami membantah kerja IAEA untuk memperbaiki perhubungan dengan pihak awam kerana:

1. IAEA bukan satu badan yang berkecuali. IAEA adalah sebuah agensi yang mempromosikan dan menganjurkan perindustrian nuklear. Oleh itu, IAEA tidak seharusnya diberi mandat untuk menilai risiko-risiko yang berkaitan dengan nuklear.
2. IAEA telah diberi keutamaan untuk mengetepikan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dalam hal mengumumkan data-data kesakitan mental dan kematian berkenaan malapetaka nuklear kerana wujudnya perjanjian antara WHO dengan IAEA yang ditandatangani pada tahun 1959. Secara langsung, WHO telah disekat untuk mengumumkan data-data tersebut. (Rujukan 2)
3. IAEA telah gagal menilai secara benar kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh malapetaka nuklear di Three Mile Island, Chernobyl dan Fukushima. (Rujukan 3)

Secara khusus, kami membantah peranan IAEA di Malaysia kerana:

4. IAEA dibawa ke Malaysia dalam peringkat pembinaan loji LAMP hampir siap apabila meningkatnya kemarahan awam terhadap kelulusan projek itu secara tidak telus.
5. Panel IAEA terdiri daripada anggota-anggota IAEA dalaman dan anggota-anggota syarikat perunding yang ramainya pernah bekerja dengan IAEA. Tidak ada anggota dalam panel IAEA merupakan pakar dalam bidang keselamatan nuklear, kesihatan awam, pelindungan alam sekitar, urusan-urusan sosial dan ekonomi yang betul-betul merdeka. (Rujukan 4)

Malahan, dalam sesi dialognya dengan wakil-wakil People's Green Coalition, panel IAEA telah mengakui bahawa:

6. Mandat yang diberinya oleh MITI hanya untuk menilai tahap pancaran radioaktif yang dikeluarkan oleh LAMP bersesuaian dengan tahap yang ditentukan oleh IAEA. Tidak ada perkara lain akan dipertimbangkan.
7. Menepati tahap yang ditentukan IAEA pun, satu daripada lima orang pekerja akan menghidap kanser menurut piawaian National Academy of Sciences (Anugerah Nasional Sains) Amerika Syarikat. (Rujukan 5)
8. IAEA tidak akan mengambil kira pencemaran bukan radioaktif yang dilakukan oleh LAMP. Laporan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) yang diserahkan oleh LAMP menyenaraikan jumlah yang besar bahan-bahan kimia dan asid yang digunakannya akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar.

Di samping itu, panel IAEA telah memberi komen bahawa:

9. Sekiranya rakyat Malaysia menentang keras terhadap projek LAMP, maka kerajaan Malaysia seharusnya menutup loji LAMP.
10. Sungguhpun hati mereka bersimpati dengan rakyat Malaysia, namun mereka terikat dengan mandat MITI dan hanya akan mengemukakan cadangan-cadangan berdasarkan piawaian keselamatan pancaran radioaktif IAEA tanpa mengambil kira perkara-perkara lain.

Laporan bekas anggota IAEA Dr. E.E. Fowler berhubung Bukit Merah pada tahun 1986

Pada 22 September 1986, ARE (Nadir Bumi Asia) di Bukit Merah, Perak telah menjemput seorang pakar tenaga atom Amerika, Dr E. E. Fowler (waktu itu anggota IAEA), untuk melawat kilangnya. Setelah lawatan, Dr Fowler menyatakan bahawa tahap-tahap pancaran radioaktif di sekeliling dekat dengan kemudahan-kemudahan ARE telah menenuhi piawaian ICRP dan kilang itu selamat untuk beroperasi. (Rujukan 6)

Namun, bertentangan dengan laporan Dr. Fowler, penduduk-penduduk Bukit Merah telah menanggung insiden keguguran, kelahiran cacat, keuzuran dan leukemia yang meningkat. Tujuh daripada lapan pesakit leukemia telah mati. Pakar-pakar antarabangsa lain yang menjadi saksi dalam mahkamah menyatakan bahawa penyakit-penyakit tersebut adalah disebabkan oleh buangan radioaktif yang dikeluarkan oleh ARE. Mitsubishi sebagai pemilik ARE telah menutup kilangnya dan sehingga kini telah membelanjakan RM 300 juta untuk membersihkan buangan radioaktif di kawasan tersebut.

Kesimpulan

People's Green Coalition menyeru orang awam supaya mengambil kira fakta-fakta tersebut di atas ketika menilai laporan IAEA berhubung projek LAMP yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Cadangan-cadangan IAEA untuk memperbaiki mutu pengangkutan, penanganan, pemprosesan dan pembuangan bahan-bahan berbahaya oleh LAMP nanti adalah tipu muslihat semata-mata bagi meluluskan LAMP untuk beroperasi. IAEA tidak ada kuasa untuk mengawal dan menguatkuasakan cadangannya dipatuhi apabila LAMP mula beroperasi. Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk mengawal ARE sepertimana berlakunya tradegi Bukit Merah.

Kami menegaskan bahawa tidak adanya tahap pancaran radioaktif yang selamat. Akibat pendedahannya secara bertokok tambah, kesihatan kita akan dirosakkan dan kesihatan generasi masa depan turut dalam keadaan yang berbahaya.

Kami menuntut agar loji LAMP ditutup.

Malah kami menyeru seluruh rakyat Malaysia bangun menyokong tuntutan kami untuk penutupan LAMP.

Rujukan:

1...WHO issued forthright statements on radiation risks such as its 1956 warning: "Genetic heritage is the most precious property for human beings. It determines the lives of our progeny, health and harmonious development of future generations. As experts, we affirm that the health of future generations is threatened by increasing development of the atomic industry and sources of radiation … We also believe that new mutations that occur in humans are harmful to them and their offspring."
Dangerously Wrong on Nuclear Radiation : Attack of the Nuclear Apologists ; By HELEN CALDICOTT
http://www.counterpunch.org/caldicott04122011.html

2...On 28 May 1959, at the 12th World Health Assembly, WHO drew up an agreement with the International Atomic Energy Agency (IAEA); clause 12.40 of this agreement says: "Whenever either organisation proposes to initiate a programme or activity on a subject in which the other organisation has or may have a substantial interest, the first party shall consult the other with a view to adjusting the matter by mutual agreement." In other words, the WHO grants the right of prior approval over any research it might undertake or report on to the IAEA – a group that many people, including journalists, think is a neutral watchdog, but which is, in fact, an advocate for the nuclear power industry.
Dangerously Wrong on Nuclear Radiation : Attack of the Nuclear Apologists ; By HELEN CALDICOTT
http://www.counterpunch.org/caldicott04122011.html

3.http://www.guardian.co.uk/world/2011/mar/15/nuclear-watchdog-response-japanese-disaster
UN's nuclear watchdog IAEA under fire over response to Japanese disaster: IAEA and Japanese secretary-general accused of ignoring lessons of Chernobyl and letting firms cut corners at Fukushima.
http://www.chinadaily.com.cn/opinion/2011-04/15/content_12330888.htm
Japan's woes, world crisis

4.http://www.malaysiakini.com/letters/165503
Lynas panel revealed: Independent, you say?

5.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/panel-admits-no-safe-radiation-level-says-cap/
Consumers' Association Penang comments on IAEA Panel.

6.http://www.consumer.org.my/index.php/health/454-chronology-of-events-in-the-bukit-merah-asian-rare-earth-developments Consumers' Association Penang website : Chronology of events in the Bukit Merah Asian Rare Earth developments.

*Kenyataan People's Green Coalition berhubung siasatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyiasat tahap keselamatan pancaran radioaktif di tapak LAMP (Lynas Advance Material Plant) di Gebeng, Pahang, Malaysia. Dikeluarkan oleh People's Green Coalition (Gabungan Hijau Rakyat) Malaysia pada 11hb Jun 2011 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Tiada ulasan: