Rabu, 22 Jun 2011

DAP puji menteri pelancongan

Joseph Sipalan


Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mendapat pujian daripada orang yang tidak disangka-sangka apabila anggota parlimen Rasah Anthony Loke membangkitkan "penjimatan wang kita" dalam perbelanjaan perjalanannya.

NONELoke (kiri), yang selalu mengkritik menteri berkenaan, berkata ucapan tahniah perlu diberikan kepada Ng kerana berjaya mengurangkan peruntukan perbelanjaan perjalanannya sebanyak 87 peratus dalam tempoh lima bulan dalam tahun ini.

Berdasarkan jawapan bertulis di parlimen yang diterima Loke berhubung soalannya, menunjukkan setakat ini Ng telah membelanjakan RM92,102.10 ketika mengepalai dua misi pelancongan di Dubai, UAE dan Iran pada Mei untuk menarik pelancong Asia Barat ke Malaysia.

Secara perbandingannya, Ng membelanjakan RM719,788 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu bagi menghadiri lima acara antara Januari dan Mei, di mana perbelanjaan terbesar dicatat dalam misinya ke Eropah dengan belanja RM491,987.

"...kita mesti ucapkan tahnia padanya tahun ini. Ini peningkatan yang baik, dan ia menunjukkan dia mendengar kritikan kita," kata Loke dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Tiada yang peribadi antara saya dengan dia. Sudah tentu apabila dia membelanjakan wang yang banyak, kami sebagai pembangkang akan mengkritiknya.

"Tetapi kita mesti ucapkan tahniah padanya ekoran perbelanjaan tahun ini... bagus Ng Yen Yen. Harapnya dalam separuh masa kedua tahun ini dia terus menjimatkan wang."

Tiada ulasan: