MALAYSIA KINI
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mahu kerajaan menyerahkan keseluruhan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang bernilai berbilion ringgit kepada mereka dengan alasan syarikat bumiputera gagal mendapatkan sebarang tender berhubung projek berkenaan.projek itu menyukarkan kontraktor Bumiputera untuk terlibat sama.
"Kami mohon untuk menjalankan keseluruhan projek MRT bersama persatuan kontraktor lain secara usaha sama atau pembelian syarikat-syarikat yang terlibat," kata nya pada sidang media mengenai cadangan balas anggota DPMM mengenai projek pembangunan infrastruktur terbesar
negara itu, di Kuala Lumpur, semalam.
Syed Ali berkata berdasarkan syarat SPNB itu, DPMM menganggarkan hanya 37 syarikat atau kontraktor Bumiputera yang layak memohon untuk projek itu.
Turut hadir pada sidang media ialah Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Mokhtar Samad. Persatuan Kontraktor Melayu mempunyai 16,000 anggota.
"Kita harap kerajaan akan membenarkan usaha sama atau penubuhan konsortium supaya kontraktor Bumiputera turut layak menjalankan projek ini," katanya.
Menurutnya persatuan itu kini menagih jaminan yang diberi oleh Pengarah Urusan SPNB, Shahril Mokhtar bahawa mereka tidak akan mengetepikan kontraktor Bumiputera dalam projek pembangunan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan