Selasa, 29 Mac 2011

Teresa Desak LDP Keluar Dari BN

TVS NEWS


SHAH ALAM : Parti Liberal Demokratik (LDP) disaran keluar dari komponen Barisan Nasional (BN) kerana disisihkan dalam membuat keputusan menukar Timbalan Ketua Menteri Sabah oleh Pengerusi Umno negeri itu baru-baru ini.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok tindakan UMNO Sabah membelakangkan LDP dalam membuat sesuatu keputusan adalah satu penghinaan.

Tindakan itu hanya menggambarkan UMNO seolah- olah bersekongkol dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu memonopoli dua jawatan tertinggi dinegeri itu.

"Ini menunjukkan bagaimana ketidakseimbangan hubungan antara BN Sabah di mana mengandungi enam parti komponen, dan bukan dua," jelas beliau dalam kenyataan media hari ini.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengumumkan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Musa berkata, Yee akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Peter Pang En Yin yang menyertai Gerakan dan digugurkan pada 16 Mac lalu tetapi dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dr Yee merupakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api.

Tambahnya lagi, Umno terlalu dominan di Sabah sehingga melaksanakan dasar dalam gabungan tanpa berunding dengan parti- parti komponen BN yang lain seraya dipinggirkan daripada menjawat sebarang jawatan kerajaan negeri.

Menurut Teresa, perkara ini dibuktikan apabila Ketua Pemuda Umno Sandakan, Haji Awang Kadin Tang menolak tepi aduan LDP berhubung isu perlantikan tersebut justeru telah dilaporkan menghina parti itu selain dianggap "menyalak" seperti anjing.

"Maka saya cadangkan kepada LDP sudah tiba masanya untuk mereka mengembalikan maruah dengan keluar daripada BN seperti yang dilakukan Parti Progresif Sabah pada tahun 2008," tambahnya lagi.

Parti Liberal Demokratik ditubuhkan pada tahun 1989 dan bertanding buat kali pertama dalam Pilihanraya Negeri Sabah pada tahun 1990.

LDP kemudiannya menyertai komponen BN sebagai parti politik Cina pertama di Sabah pada tahun berikutnya.

Tiada ulasan: