Kempen Anti Saman Ekor (KASE) hari ini menggiatkan kempennya ke atas usaha Jabatan Pengangkutan Jalan menswastakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Kempen berkenaan dijalankan dengan mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya di beberapa plaza tol di Kuala Lumpur.
Pengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar Sena mengetuai pasukan sukarelawan berkenaan yang mengedarkan risalah berkenaan di plaza tol Sungai Besi petang ini.
Beliau yang juga naib presiden PAS berkata, kempen itu dijalankan sempena pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan yang berkuasa hari ini.
Tambahnya, pindaan berkenaan, termasuk penswastaan AES tidak akan memberi penyelesaian dan hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah serta persoalan, katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Katanya lagi, kumpulan berkenaan turut bercadang untuk mengedarkan 20,000 risalah ke kawasan tol plaza Gombak, Sungai Buloh dan Shah Alam.
KASE ditubuhkan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS sejak Ogos tahun lalu bagi menggiatkan kempen bagi membantah penguatkuasaan saman melalui pembuktian fotografi oleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan