Sabtu, 1 Januari 2011

Pemimpin Pas tutup mulut

SINAR HARIAN ONLINE

SHAH ALAM – Pas Selangor diarah tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Iskandar Abdul Samad berkata, ahli Pas Selangor diarahkan sedemikian agar tidak berlaku sebarang kekeliruan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Menurutnya, pihak Kerajaan Negeri terutamanya Menteri Besar adalah individu yang lebih layak memberikan komen mengenai isu ini.

“Saya tidak boleh komen sekarang sebab parti kita tidak boleh komen apa-apa dulu. Kita kena tunggu dan lihat dulu, sebab takut ada perubahan. Tunggu ketua parti buat komenlah, kami tidak mahu timbul sebarang kekeliruan berlaku. Biar komen tersebut dibuat oleh seorang wakil parti sahaja.

“Sekarang ini, kalau hendak komen biarlah dari pihak Kerajaan iaitu dari Menteri Besar, jadi lebih baik Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sahajalah,” katanya yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: