Rabu, 11 Ogos 2010

Azmin perlu belajar lagi, kata MB S'gor

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak

Ketika Azmin Ali dilihat menyinar di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula melihat naib presiden PKR itu masih perlu belajar banyak perkara dalam politik.

"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu. Saya rasa beliau boleh menjadi pelajar yang baik dan peluang patut diberi.

"(Ini kerana) menjadi politikal dan menjadi pengurus merupakan dua perkara yang berbeza," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya penilaiaan terhadap Azmin sebagai seorang negarawan.

Tiada ulasan: