Jumaat, 27 Ogos 2010

12 ahli PKR Sabah digantung cuba tubuh Parti Cinta Sabah

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Keahlian 12 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah digantung selama setahun selepas mereka cuba menubuhkan sebuah parti politik baru, Parti Cinta Sabah (PCS).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata siasatan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR mengesahkan berlaku perlanggaran disiplin parti dan badan itu mencadangkan kepada majlis pimpinan pusat supaya kesemua mereka digantung mulai Ahad ini.

"Pada masa yang sama, kesemua 12 ahli itu boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari mulai 29 Ogos ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mereka adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas,Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.

Kesemua mereka itu dilaporkan cuba membuat permohonan bagi mendaftarkan PCS dengan Pendaftar Pertubuhan pada Disember lepas selepas Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengancam untuk meletak jawatan kerana dia tidak berpuas hati dengan 'campur tangan' pucuk pimpinan pusat dalam hal-hal PKR Sabah. — Bernama

13 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Semoga isu ini akan mendapatkan penjelasan yang wajar, diharapkan juga isu ini akan diselesaikan sebaik mungkin.

tombolo berkata...

nampaknya PKR sabah semakin bergolak dan bermasalah. jika masalah sendiri pun tak dpt diselsaikan, bagaimana mereka nak selesaikan masalah rkyat.

Hosie Masie berkata...

Tidak ada salahnya mereka mahu menubuhkan parti tersebut. kenapa harus mengantungkan mereka kerana perkara ini.

joey berkata...

masalah disiplin seperti ini hanya menampakkan kelemahan pemimpin itu sendiri. jika pemimpin bermasalah bagaimana rakyat hendak menyokong mereka.

Tanpa Nama berkata...

ini menampakkan kepincangan yang terdapat dalam kepimpinan PKR. ahli2nya ramai yang tak berdisiplin sehingga nak menubuhkan parti baru.

Sanih Alias berkata...

Ini menunjukkan PKR sendiri ada masalah dalaman yang dihadapi. Maka 12 orang ahli PKR yang menubuhkan PCS itu mungkin ada sebab mereka tersendiri.

samm berkata...

ini menampakkan masalah yang wujud di dalam PKR. masalah seperti ini mampu menghakis keyakinan rakyat.

Boten_Trish berkata...

More internal conflicts coming in. Well good luck on solving it.

Paquin berkata...

hhhmmmm, na apa cerita sudah PKR ni. Macam makin lama makin famous pula :P hehehe

Paquin berkata...

Betul tu Jonny. Semoga selesai cepat supaya keadaan politik lebih aman damai - tak banyak bising2. hahhaa

Paquin berkata...

Entahlah tombolo. Inilah yang susah ni kalau telampau fokus dengan hal pihak lain kan.. na tengok masalah dalaman yang timbul pun belum ditanggani lagi. huhu

Paquin berkata...

Biasalah Nurul.. politik kan.. Tapi harap2 hal ni selesai cepat :)

Paquin berkata...

So paling senang, kurangkanlah masalah dalaman ataupun belajarlah untuk mematuhi peraturan seadanya.
Saya yakin, masalah ni pasti dapat diselesaikan dengan mudah!!