Selasa, 13 Julai 2010

Video seks: Cut Tari juga mungkin ditahan

THE MALAYSIAN INSIDER

JAKARTA – Polis Indonesia akan melanjutkan tahanan anggota utama kumpulan Peterpan, Nazriel “Ariel” Irham manakala teman wanitanya, Cut Tari yang dua hari lalu membuat pengakuan terbuka dialah wanita dalam rakaman video, juga mungkin ditahan.

Ariel, suspek dalam skandal video seks membabitkan akstres Luna Maya dan pengacara Cut Tari, kini ditahan polis di bawah undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan Antibahan Lucah 2008 dan juga kanun jenayah melibatkan perbuatan tidak senonoh.

Jurucakap polis kebangsana, Komisioner Marwoto Soeto berkata pihaknya juga bercadang untuk menahan Cut Tari, yang bersama Luna Maya kini dianggap sebagai suspek tetapi belum ditahan oleh polis kerana telah memberi kerjasama dan disebut sebagai “mangsa” tindakan Ariel.

“Tidak mustahil Cut Tari diletakkan di bawah tahanan rumah atau tahanan bandar,” kata Marwoto dipetik Jakarta Globe hari ini.

Minggu lalu, polis telah menamakan Luna Maya dan Cut Tari sebagai suspek sehari selepas mereka memohon maaf kepada peminat dan anggota keluarga mereka.

Kelmarin, Cut Tari mengakui bahawa dia merupakan salah seorang wanita dalam rakaman video adegan lucah yang tersebar di ruangan siber sejak awal bulan lalu.

Teman wanita penyanyi Ariel ini membuat pengakuan terbuka selepas lebih sebulan menafikan dia adalah salah seorang wanita terbabit.

Sehari sebelum itu polis mengklasifikasikan Cut Tari dan Luna Maya sebagai suspek dalam kes itu.

Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama Ariel.

Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu.

Dalam permohonan maafnya Jumaat lalu, Cut Tari dengan linangan air mata sekali gus mengaku “berselingkuh” (mengadakan hubungan seks) dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya.

Berbeda dengan Ariel yang ditahan dilokap polis apabila ditetapkan sebagai suspek pada 22 Jun lalu, polis tidak menahan Cut Tari dan Luna Maya kerana mereka dipercayai tidak akan menyukarkan penyiasatan, menghilangkan barang bukti dan mengulangi perbuatan mereka.

Tiada ulasan: