Jimadie Shah Othman |
Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu.
Hakim membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, pengakuan bersalah dan latar belakang tertuduh.
Seksyen tersebut menyatakan, tertuduh terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang "dengan tujuan untuk melakukan mudarat awam".
Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, semua 12 mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5A) 1967 Akta Polis yang membawa hukuman lebih berat.
Berpeluk gembira
Ketika membuat rayuan, pihak pembelaan - diketuai peguam Afifuddin Ahmad Hafifi - meminta kesemua anak guamnnya diberikan hukuman hanya didenda ringan memandangkan kesemua mereka telah mengaku salah dan insaf ataas perbuatan masing-masing.
Tindakan itu sekaligus menjimatkan kos dan masa mahkamah bagi menyelesaikan kes-kes lain, takmbahnya.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim menegaskan, tindakan kesemua pesalah berkait dengan kepentingan awam.
Sehubungan itu, tambah Hasbi, kesemua perbuatan yang membantah pemindahan kuil hindu dengan cara yang sensitif dan tidak bertoleransi hendaklah dielakkan.
"Apa jua perkara yang berkaitan dengan ugama adalah sentitif," katanya sambil meminta kesemua pesalah lebih prihatin dan insaf atas perbuatan masing-masing.
Pihak pembelaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof.
Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang tengah hari tadi, kelihatan kesemua pesalah berpelukan kegembiraan kerana terlepas daripada hukuman penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan