Khamis, 15 Julai 2010

Penggantungan tamat, Khir Toyo kembali ke DUN

Joseph Sipalan



Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kembali semula menghadiri sidang dewan hari ini selepas tamat tempoh penggantungannya selama setahun.

Dengan diiringi rakan-rakan ADUN dari BN, bekas menteri besar Selangor itu kelihatan tersenyum ketika melangkah menuju ke bangunan DUN kira-kira jam 10 pagi.

Beliau juga berbual sekejap dengan pihak media, sebelum masuk ke dalam dewan.

"Saya gembira dapat kembali semula," katanya sebelum masuk.

Dr Mohd Khir digantung daripada menghadiri sidang dewan Julai tahun lalu selepas beliau gagal menghadiri sidang SELCAT dan kerana didakwa mengecam jawatankuasa itu dalam media.

Tiada ulasan: