Khamis, 1 Julai 2010

Pembinaan LRT Akan Dibincang Bersama Penduduk

TV SELANGOR


Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata projek pembinaan transit aliran ringan (LRT) di Subang Jaya akan dibincangkan secara terbuka secepat mungkin bersama penduduk bagi manfaat bersama

Beliau berkata setakat ini pejabatnya menerima 200 maklum balas daripada penduduk kawasan setempat dan akan memanjangkan perbincangan tersebut kepada Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.

Hannah berkata demikian di hadapan lebih kira-kira 300 penduduk kawasan Subang Jaya yang hadir ke perbincangan terbuka antara Adun bersama penduduk yang diadakan pada malam tadi di SS17/2J.

Jajaran LRT dari Sri Petaling ke USJ/Puchong dan LRT-Putra dari Kelana Jaya Subang Jaya akan memanfaatkan 2.6 juta penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong berbanding 1.9 juta pada masa ini.

“Kebanyakan mereka mahu maklumat lengkap untuk tolong mereka membuat keputusan sama ada mahu LRT itu semula atau tidak. Penduduk mahukan kenderaan awam untuk pengangkutan masa kini walaubagaimanapun mereka turut mahukan apa akan terjadi selepas LRT itu dibina?

“Jadi permasalahan inilah yang memerlukan kita masa untuk mebuat keputusan sama ada hendak atau tidak,” katanya.

Beliau berkata perkara berbangkit yang dipersoalkan oleh penduduk ialah pengangkutan sokongan kepada sistem LRT itu.

Beliau bagaimanapun berkata sebelum keputusan pembinaan LRT tesebut dibuat, sebarang keputusan mengenainya juga perlu dibuat secara bersama dengan syarikat yang terlibat.

"Saya mendapat jawapan daripada bahagian transit tersebut dan mereka mengatakan mereka telah mengambilkira mengenainya tetapi LRT ini melibatkan banyak perbincangan, jadi itulah proses yang perlu dilalui sekarang,” katanya.

Tiada ulasan: