Humayun Kabir |
"Saya letak jawatan dari parti atas kehendak sendiri dan tiada politik wang yang terbabit,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
"
"Malah ramai anggota BN yang terkejut seperti juga ahli DAP apabila saya meninggalkan parti itu,” katanya.
Menurut Keshvinder ada pihak yang cuba mencemarkan imejnya dengan mendakwa dia menghadapi masalah kewangan yang medesak sehingga sanggup menyokong BN.
Katanya, punca beliau meninggalkan DAP adalah kerana tidak berpuas hati dengan parti itu tetapi tidak mengulas lanjut.
"Bagaimana mereka boleh menuduh saya menghadapi masalah kewangan sedangkan saya mempunyai baki RM35,000 dalam akaun saya pada Mei lalu?”
Peguam itu juga menolak dakwaan bahawa wang anak guamnya bernilai RM45,000 hilang dari pejabatnya dan mendakwa bekas keraninya yang terlibat dalam kes berkenaan.
"Saya pecat kerani saya kerana salah-laku pada 30 April lalu dan membuat laporan polis berhunung perkara itu pada 3 Mei,” jelasnya.
Mengenai wang pinjaman peribadi RM3,500 yang diberikan oleh Khalil Idham Lim dari PAS, Keshvinder mendakwa wang itu adalah untuk kegunaan pengundi di kawasan Malim Nawar.
"Saya tidak meminta daripada Khalil tetapi dia yang memberikan saya wang itu sekembali saya daripada pilihan raya kecil Sibu kerana saya kekurangan dana untuk kawasan saya.”
"Malah, Khalil, seorang lelaki yang baik hati membantu saya dari segi kewangan apabila saya kesempitan tahun lalu. Dia juga penah menolong ADUN Buntong, A Sivasubramaniam apabila dia kekurangan dana di kawasan pengundiannya,” jelas Keshvinder.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan