KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa menyifatkan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan lebih gagah dan berani dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau memang mendapat surat untuk melaksanakan perjudian bola sepak dari Kementerian Kewangan.
Vincent Tan, dalam pertemuannya dengan penganalisa pernigaan judi 29 Jun lalu menunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tetapi Najib tidak pernah berani menyatakannya secara terbuka kerana takut tekanan politik.
Menurut Husam, Vincent Tan mengadakan perjumpaan dengan penganalisa perniagaan judi tiga hari selepas Najib umum lesen judi bola tak jadi lulus.
Dalam perjumpaan itu, Vincent Tan tunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tahun ini. Vinvent Tan masih menekankan Kerajaan Najib telah pun memberikan kelulusan bertulis.
Enam bulan kemudian, kerana desakan bertubi-tubi, barulah kelulusan itu ditarik balik, beritahu Husam dalam blognya hari ini.
"Syabas Vincent Tan! Lulus kata lulus," tulis Husam yang juga Exco ekonomi dan kebajikan kerajaan negeri Kelantan.
"Ternyata Vincent Tan tak peduli apa UMNO nak kata. Dia dedahkan keadaan sebenar. Ini baru betul-betul raja judi. UMNO terkebil-kebil dengan tindakan berani Vincent Tan. Tak ada siapa berani tegur. Lepas laku taukeh besar kita ini," tulis Husam.
Namun begtiu, kata Husam, nasib baik ada rakyat yang sedar. Ada gerakan politik yang bersepadu.
"Dap yang memberikan ukuran moral yang memalukan UMNO. Ada UMNO Johor (atas pengaruh Muhyidin atau takut kalah pilihanraya?) turut sama akhirnya menolak kelulusan ini.
"UMNO Kelantan dan Terengganu tak seberani UMNO Johor. Kelu membisu," kata Husam.
Pagi sebelum Vincent Tan menemui para penganalisa industri perjudian dalam majlis makan tengahari, Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Corp mengeluarkan satu kenyataan bertulis menyatakan kesal yang amat sangat di atas pembatalan itu.
Sekali lagi, dalam kenyataan bertulis itu, disebut bahawa 'pembatalan itu dibuat selepas sebelum ini Kementerian Kewangan telah meluluskan semula lesennya' - dan ayat berkenaan digaris untuk memberikan penekanan.
"Maknanya, Vincent Tan bercakap benar dan beliau mahu buktikan beliau bercakap benar. Ada orang lain bercakap tidak benar," tulis Husam lagi.
Dalam pertemuan itu juga, Vincent Tan yakin pelan perjudiannya akan diperbahurui semula pada masa akan datang.
"Bila? Selepas pilihanraya umum nanti? Selepas Pakatan Rakyat tak kuat?," tulis Husam.
Husam juga berkata, Vincent Tan terang-terang salahkan Pakatan Rakyat atas pembatalan itu. Dia tak salahkan mufti-mufti atau Utusan Malaysia atau Perkasa.
"Menarik juga," katanya.
"Apa yang Vincent Tan nak kata, kalau BN menang besar pilihanraya akan datang, hidup semula lah lesen judi bola beliau.
"Sekarang, kita nak siapa gagah? Rakyat gagah melalui Pakatan Rakyat sehingga lesen ini tak boleh lulus selama-lama atau nak Vincent Tan dan BN gagah untuk mereka laksanakan niat tertunda mereka?" soal beliau.
Dalam perjumpaan sama, didedahkan bahawa Kerajaan pernah bayar ganti rugi kepada Berjaya Corp atas pembatalan lesen yang telah mereka perolehi sebelum itu. Pembatalan tahun 1990 (masa DSAI jadi Menteri Kewangan?) bolehkan Berjaya Corp dapat ganti rugi sebanyak 18.9 juta.
"Beliau nak kata, kali ini, Berjaya Corp akan dapat ganti rugi sekali lagi kerana Menteri Kewangan memang dah bagi kelulusan.
"Vincent Tan nampaknya bukan sahaja kaya, tetapi pemimpin UMNO, tak ada yang dia segan atau takut...." tulis Husam lagi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan