Empat wakil rakyat gagal menghadiri sebuah majlis perasmian yang disempurnakan oleh Muhyiddin. — gambar fail
KUALA TERENGGANU— Salah seorang Adun di kawasan Parlimen Setiu yang tidak menghadiri persidangan perwakilan bahagian baru-baru ini menegaskan, tidak timbul soal beliau dan tiga wakil rakyat tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keempat-empat wakil rakyat itu tidak hadir majlis perasmian bahagian itu yang disempurnakan oleh Muhyiddin.
Asha’ari yang dihubungi The Malaysian Insider menambah tidak timbul soal beliau dan Adun Permaisuri Abdu Halim Jusoh, Khazan Che (Batu Rakit) dan Ramlan Ali (Jabi) tidak menghormati Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno.
“Setahu saya, tiga Adun berkenaan juga telah memaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin yang tidak akan hadir mesyuarat bahagian itu,” katanya.
“Tidak timbul isu kami tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin, beliau timbalan perdana menteri, kami sokong beliau,” katanya lagi.
Asha’ari berkata mereka tidak hadir untuk menyampaikan mesej bahawa wujud masalah di bahagian tersebut.
Kata beliau, pihaknya hanya mahukan pucuk kepimpinan menyelesaikan masalah yang wujud di bahagian mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan