Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwa berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kes mengajar tanpa tauliah ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Bantahan awal itu dikemukakan melalui peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzzaman dengan alasan Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan pertuduhan terhadapnya yang dibuat mengikut Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Adib Husain menetapkan 6 Januari depan untuk
Prosiding didengar dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd Adib Hussain.
Beliau menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung bantahan tersebut.
Menurut Ainiah, kes mengajar perkara yang berkaitan agama Islam tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan kesalahan yang terkandung dalam rukun-rukun agama Islam, maka dengan itu responden tidak boleh didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah kerana bercanggah dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Di bawah Seksyen 61 hanya mempunyai kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun Islam sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan