BERNAMA
KUALA LUMPUR — Mulai tahun depan, kemasukan tayar toreh ke negara ini perlu mendapat permit import (AP), kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini.
Beliau berkata langkah berkenaan diambil untuk memastikan tayar toreh yang diimport selamat digunakan di negara ini.
"Kementerian pengangkutan telah meminda kaedah-kaedah kenderaan bermotor untuk memberikan peruntukan baru (permit AP) di mana ianya telah diwartakan dan akan dilaksanakan pada 2010 untuk menentukan bahawa kemasukan tayar toreh ini dapat dikawal,” katanya ketika menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan Dewan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan