Sabtu, 4 April 2009

Tarian separuh bogel anjuran BN tingkat 28 peratus sokong Pakatan Rakyat

SUARA KEADILAN


BUKIT GANTANG: Bancian yang dijalankan oleh pihak Pakatan Rakyat menunjukkan kenaikan peratusan sokongan pengundi di P59 Bukit Gantang naik sebanyak 28 peratus berdasarkan isu-isu rasuah politik, penderhakaan Umno dan isu perlembagaan di negeri Perak.

Keyakinan pengundi di kawasan Bukit Gantang yang berpihak kepada Pakatan Rakyat telah meningkat dengan kepekaan mereka terhadap isu-isu semasa dan ketidakpuasan hati akibat rampasan kuasa di negeri itu.

Isu-isu rasuah pemimpin Umno semasa pemilihan Majlis Tertinggi baru-baru ini serta perderhakaan pemimpin Umno terdahulu terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu telah menyedarkan pengundi di kawasan Bukit Gantang ini untuk bangkit mahu menegakkan semula demokrasi di Negeri Perak.

Sementelah lagi, apabila baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian keagamaan Dr Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada apa yang di percayai satu kebudayaan orang Cina dengan menyaksikan persembahan tarian panas oleh gadis-gadis separuh bogel dalam satu acara keramaian tajaan Barisan Nasional di Kampung Baru, Kuala Sepetang, Taiping semalam.

“Sungguh menghairankan, jika itu yang dikatankan kebudayaan orang Cina, yang kami tahu penduduk di Kuala Sepetang selama ini hanya menganjurkan opera yang mana pelakun dan penarinya hanya menampakkan muka yang di makeupkan serta pakaian berwarna-warni yang labuh,” kata Pengarah Pilihanraya Pas P59 Bukit Gantang Asmuni Awi kepada Suara Keadilan.

“Budaya bertaraf Bangsar, Kuala Lumpur yang mahu diperkenalkan kepada pengundi di perkampungan nelayan ini dilihat sebagai satu kejutan budaya yang terdesak oleh Unmo/BN untuk memancing undi di kawasan ini,” jelas beliau.

“Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ untuk membawa budaya keterbukaan ala Bangsar, merestui rasuah pemimpin Umno dengan politik wang dan membohongi rakyat dengan rampasan kuasa di negeri Perak ini hanya mengundang padah dan mempercepatkan proses untuk Umno dikuburkan di Bukit Gantang ini,” tambah Asmuni.

Faktor kedua: Isu-isu tempatan yang dijanjikan BN sejak 51 tahun dahulu seperti infrastruktur asas - kemudahan letrik, air dan jalanraya yang selesa, isu tanah adat orang Asal, tanah setinggan, lesen perniagaan masih menjadi tanda tanya oleh pengundi di sini.

“Selepas 51 tahun pentadbiran BN di Bukit Gantang, namun kemudahan asas ini masih dipersoalkan oleh penduduk. Janji yang di taburkan BN hanya akan terlaksana apabila Pakatan Rakyat mengambil alih seperti Negeri Selangor dimana hanya satu tahun memerintah, rakyatnya dapat menikmati segala kemudahan dan kekayaan negeri itu kerana ada ketelusan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat,” jelas Asmuni lagi.

Menurut beliau, sokongan padu yagn diterima oleh ahli Pakatan Rakyat di Bukit Gantang amat baik dan dengan kerjasama padu dari KeADILan dan Dap telah sama-sama menaikkan peratusan penyokong kepada calon Pas Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kempen pilihanraya amat giat dijalankan dengan ceramah, kunjungan rumah ke rumah dan sebagainya tidak terhenti-henti oleh semua lapisan ahli Pakatan Rakyat yang dilihat begitu gigih berkerjasama dalam memastikan kemenangan Paktan Rakyat di Bukit Gantang.

Tiada ulasan: