Jumaat, 3 April 2009

Peralihan kuasa Abdullah-Najib tidak pengaruhi pengundi

Mohd Sabri Said


BUKIT SELAMBAU - Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau, Dato' Johari Abdul yakin peralihan kuasa yang berlaku antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak tidak akan mempengaruhi pengundi pada pilihan raya kecil Dun berkenaan pada 7 April nanti.

Menurutnya, pengaruh Najib nyata tidak sehebat Abdullah ketika mula memimpin negara daripada era kezaliman rejim Mahathir Mohamad di mana waktu itu angin perubahan dalam Umno bertiup kencang kononya kepimpinan mereka berasal daripada keluarga tokoh ulama.

Lagipun waktu itu, ketrampilan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) tidak muncul ekoran masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Rakyat sudah bosan dengan persoalan yang wujud dalam organisasi Umno. Maka, peralihan kuasa dari siapa kepada siapa tidak timbul yang penting rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan pada pemerintah," ujarnya.

Rakyat di Bukit Selambau ujarnya, lebih suka kepimpinan untuk semua kaum jauh daripada korupsi dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Justeru, dalam satu tinjauan lapangan oleh jentera KeADILan perwatakan calon Pakatan Rakyat, Manikumar mengatasi calon BN, Dato' Ganesan sekarang ini dan menjadi kewajiban pengundi semua bangsa menyokong calon Pakatan Rakyat yang bertanding atas tiket KeADILan.

Lagipun Najib mempunyai sejarah hitam yang banyak ketika meredah laluan menuju ke kerusi nombor satu negara berbanding Abdullah yang mendapat peluang apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat kerana terlibat dengan usaha mereformasikan kepimpinan negara.

Bagi pengundi di Bukit Selambau tambah Dato' Johari, beliau yakin pengundi Cina dan India tetap memberikan undi tertinggi kepada Pakatan Rakyat manakala masyarakat Melayu di sini turut berubah angin berbanding keputusan pilihan raya umum lalu yang ada antaranya bersikap protes.

"Nantilah keputusan sebenar. Insya-Allah apa yang kita hajati untuk membentuk sebuah negeri yang cemerlang akan menjadi kenyataan," katanya yang juga Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan. - mns/mks._

Tiada ulasan: