Jumaat, 5 September 2008

Media harus laporkan berita Pakatan Rakyat secara adil
Mohd Sabri Said


PERMATANG PAUH Selepas pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat mahu media yang ada di negara ini bersikap seimbang semasa membuat laporan berita tidak sepertimana sekarang berat sebelah terutamanya media arus perdana kata, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Zaharin Mohd Hashim.

Beliau berkata demikian semasa majlis meraikan media di Hotel Sunway, Seberang Jaya semalam.

Menurutnya, program yang dikhaskan kepada media itu bermatlamat memberi sanjungan tidak terhingga kepada pihak media yang tidak lekang melaporkan berita perkembangan pilihanraya kecil Permatang Pauh dari 16-26 Ogos lepas.

"KeADILan Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih pada semua petugas media yang tidak jemu-jemu mengejar berita semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh," jelas beliau.

KeADILan memohon maaf sekiranya dalam senario itu ada yang terkasar bahasa dan kurang layanan kerana masing-masing sibuk untuk merancang strateji yang diatur.

Sebagai media katanya, wajar bertindak profesional kerana laporan palsu atau fitnah bukan membawa keuntungan pada media berkaitan malahan menambah kemarahan rakyat.

"Tengok apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia dan TV3 semasa kempen dulu.Selaluya tidak betul dan paling meloyakan buat fitnah tak henti-henti, " ujarnya.

Tapi, rakyat Permatang Pauh bijak menilai akhirnya Barisan Nasional (BN) yang bersungguh menggunakan media terbaring di tengah gelanggang

Media tambahnya, jangan sekali-kali mengikut lenggang lenggok BN yang sedang mengalami krisis sokongan rakyat.

"Media lebih baik adil dalam semua berita. Masukan sekali kenyataan Pakatan Rakyat yang bertindak membantu rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Kita tahu wartawan laporkan yang baik tapi pengarang selalunya buat celaru," katanya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha KeADILan Negeri, Malek Abul Kasim, Pengarah Pilihanraya KeADILan Negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusof, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Tembatan Banjir Negeri, Low Choo Kiang dan Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh. - mr _

Tiada ulasan: