Selasa, 25 Disember 2018

Wajar sangat DAP keluar

Oleh ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
 




HAKIKATNYA demikianlah. DAP-lah merupakan duri paling besar dan tajam dalam daging Kerajaan PH. Penguasaan 42 kerusi Parlimennya dengan dibantu beberapa kerusi non-Muslim dari PKR telah mencipta sejarah buat pertama kali Kerajaan Persekutuan Malaysia didominasi suara bukan Melayu atau Islam.

Dominasi inilah yang telah menggegar segala status quo dan amalan yang ada dalam kerajaan dan negara. Segala keutamaan dirombak dan disemak semula lantaran pengaruhnya dalam kerajaan.

DAP tidak berdiam malah terus menuntut secara halus dan terang agar kerajaan menjadi lebih Liberal dan Sekular serta menganut fahaman "Malaysia Malaysia" mereka.

Mereka takut-takutkan masyarakat bukan Islam agar tolak PAS kerana bimbang Malaysia akan jadi lebih Islam kononnya ala Taliban.

Masyarakat Melayu Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara terpedaya naikkan PH tetapi dengan dominasi DAP telah jadikan Malaysia lebih longgar Islamnya dan hak sama-rata buat semua tanpa mempedulikan kontrak sosial akan mula diterapkan.

Kerana itu DAP tak perlu ugut-ugut. Jika Malaysia Baharu itu berkonsepkan Malaysian Malaysia, ia pasti ditolak rakyat Melayu yang majoriti sebagaimana Parti Komunis dulu pernah ditolak orang-orang Melayu.

Bertungkus-lumus mendiang Chin Peng berkempen meyakinkan orang Melayu agar bersamanya tetapi gagal. Dan hanya segelintir tak sampai 1 peratus yang terpedaya.

Kerajaan PH di bawah Tun Dr Mahathir diyakini tidak akan berkompromi dalam hal dan bidang yang bertentangan dengan kehendak dan kemahuan majoriti.

Kekal sahajalah "Malaysia Malaysian"-kan Pulau Pinang kerana lebih daripada itu kami sekali-kali tidak akan izinkan.

Dan jika mahu keluar ada yang berpesan jangan lupa heret sekali anak jelmaan kamu iaitu PAN.


Tiada ulasan: