Menteri agama patut tahu isu perundangan syariah adalah dalam bidang kuasa negeri
BANGI – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof
Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat sama sekali tidak
bersandarkan kepada Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa,
kata Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk
Zainul Rijal Abu Bakar.
Turut
menyifatkan ianya sebagai naif, Mujahid sebagai menteri persekutuan
sepatutnya faham dan sedar bahawa isu-isu perundangan syariah adalah
dalam bidang kuasa negeri melainkan di Wilayah Persekutuan.
“Jadi, kenyataan beliau bahawa tiada lagi tangkapan khalwat akan dibuat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerana ia
adalah di bawah bidang kuasa negeri dan ia juga jejaskan kuasa sultan
dan campuri urusan negeri dan undang-undang yang berkuatkuasa negeri.
“Terpulang
kepada penjawat, penguatkuasa agama atau pendakwa syarie negeri untuk
melaksanakannya atau tidak dan menteri persekutuan tak boleh campuri
urusan negeri, bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya seperti dilapor
Sinar Online.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mujahid dalam temu bual
eksklusif dengan akhbar The Star, yang melaporkan menteri berkenaan
sebagai berkata, tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu
dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau
aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
Dalam temu
bual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu
untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam
pembaharuan yang akan dilakukan nanti.
Dalam pada
itu, Zainul Rijal turut berkata, Mujahid dilihat tidak faham bahawa
undang-undang yang dikuat kuasa pelaksanaannya ini termasuklah di
Wilayah Persekutuan dan undang-undang jenayah syariah adalah tersusun
dan ada tatacara sendiri.
“Kata-kata
Mujahid tidak boleh mengatasi undang-undang kecuali beliau meminta
Parlimen untuk meminda undang-undang baharu di Parlimen,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan