Jumaat, 1 Januari 2016

Umno Kedah tunggu kesediaan PAS jalin kerjasama

FREE MALAYSIA TODAY

"Saya ingat ada beberapa perbincangan di peringkat kebangsaan...di peringkat negeri, saya tak nak komen," kata Mukhriz


Mukhriz Mahathir


JERLUN: Umno Kedah masih menunggu kesediaan PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata Umno negeri menunggu masa yang sesuai untuk membina titik persefahaman di antara kedua-dua parti itu atas dasar perpaduan ummah.

“Jika sudah ada satu kesefahaman (antara Umno dan PAS), mungkin tidak dalam bentuk perjanjian, tentu ada ruang untuk bekerjasama dalam aspek-aspek yang ada kepentingan bersama,” kata Mukhriz yang juga Menteri Besar di sini.

Berhubung cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa perpaduan ummah antara kedua-dua parti, beliau berkata usaha itu memang dibuat sejak dahulu lagi.

“Saya ingat ada beberapa perbincangan di peringkat kebangsaan…di peringkat negeri, saya tak nak komen,” katanya.– BERNAMA

Tiada ulasan: