Ahad, 10 Januari 2016

Sultan Johor sumbang RM50 juta untuk JDT

 
Baginda gembira sukan bola sepak menyatupadukan Bangsa Johor dan jasa JDT mengharumkan nama negeri itu


sultan-johor,jdt


PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Memetik Facebook Johor Southern Tigers, Sultan Ibrahim membuat keputusan itu kerana gembira dengan sukan bola sepak di negeri itu.

“Baginda berkenan mengurniakan sumbangan RM50 juta kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku membuat keputusan itu kerana baginda amat gembira melihat sukan bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, pemberian sumbangan itu turut mengambil kira usaha pasukan JDT mengharumkan nama Johor di persada dunia.

“DYAM Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab bola sepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku atas kurniaan kepada JDT itu,” katanya.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim sebelum ini mengumumkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemilik JDT.

Tiada ulasan: