Isnin, 4 Januari 2016

Saravanan: Tak boleh bantu kes Indira, diam saja

Koh Jun Lin


 


Anggota jawatankuasa pusat MIC M Saravanan memberitahu pengkritik parti itu dalam kes penukaran agama anak-anak Indira Gandhi supaya berdiam diri jika tidak dapat membantu mencari penyelesaian.

Saravanan berkata, semua pihak perlu mencari penyelesaian dan bukannya menuding jari kepada pihak lain atau mempolitikkan itu situ.

“Ini bukan MIC, ataupun isu MCA, ataupun isu PPP. Ini isu warga Malaysia.

“Kita sama-sama perlu cari penyelesaian. Saya tak nak parti lain menuduh MIC tak buat itu, tak buat ini. Tak perlu politikkan.

“Cuba kita fikir Saudara Indera sebagai salah seorang ahli keluarga kita. Cari penyelesaian. Kalau tak boleh bantu, diam sajalah, bagi orang lain bantu,” katanya.

M Saravanan berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta kritikan yang mendakwa MIC tidak cukup bertindak bagi menyelesaikan kes penukaran agama kanak-kanak.

Semalam, peguam Indira M Kula Segaran berkata MIC dan BN antara penyebab nasib yang menimpa Indira.

Mahkamah Rayuan pada 30 Disember lalu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak penukaran agama tiga anak Indira oleh bapa mualaf mereka.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kes penukaran agama anak Indira.

Baliau berkata status sama ada seorang itu Islam atau tidak berada bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah.

Bagaimanapun, mahkamah tidak memutuskan mengenai penukaran anak sulung pasangan itu kerana dia kini berusia 18 tahun.


Tiada ulasan: