Selasa, 12 Januari 2016

PH diminta buat pendirian isu hudud, PAS

Meskipun dilancarkan secara rasmi minggu lalu, PH teragak untuk mengambil pendirian sepakat berhubung isu hudud dan PAS.



Haniff-Khatri-Abdulla,hudud


KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang meminta Pakatan Harapan (PH) supaya membuat pendirian jelas berhubung undang-undang hudud dan PAS.

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata langkah itu perlu supaya mereka bersatu, dan tidak akan menjadi seperti Pakatan Rakyat.

“Pakatan sebelum ini berpecah kerana mereka tidak mempunyai pendirian yang konsisten, dimana PAS pro-hudud manakala DAP pula anti-hudud.”

“Ini pernah berlaku. Mereka harus pastikan ia tidak berulang,” katanya.

Haniff menambah orang awam juga berhak untuk tahu pendirian pakatan itu. “Pengundi mengundi untuk parti dan calon. Mereka harus diberitahu dasar parti itu.”

“Sekiranya AMANAH, parti yang ditubuhkan oleh puak penentang PAS, mengambil pendirian pro-hudud, adakah mereka akan bersengketa sekali lagi?” soalnya.

Meskipun PH dilancarkan secara rasmi minggu lalu, pakatan itu teragak untuk mengambil pendirian sepakat berhubung isu hudud dan kerjasama dengan PAS.

Tertegunnya pakatan itu menyebabkan peguam New Sin Yew tertanya bagaimana Pakatan Rakyat akan menyakinkan pengundi sekiranya mereka tidak sepakat dalam isu hudud.

“Hudud, atau undang-undang jenayah Islamik, akan beri kesan keatas ramai orang sekiranya ia dilaksanakan.”

“Untuk sebuah parti politik yang bercita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia, mereka perlu membuat pendirian yang muktamad.”

New berkata PH harus memberi jawapan bersama “ya” atau “no” berkenaan isu hudud.

Peguam Sankara Nair turut berkata Pakatan Harapan harus “ya” atau “tidak” berkenaan isu itu.

“Seperti yang dikatakan oleh Zaid (Ibrahim), perlu berani membuat pendirian,” katanya. “Meskipun hudud itu undang-undang orang Islam, orang bukan Islam ‘takut’ undang-undaang itu memberi kesan keatas semua rakyat Malaysia.”

“Masyarakat bimbang sekiranya undang-undang itu akan beri kesan keatas mereka.”

Tiada ulasan: