ADNAN MOHAMAD
Mohd Amar berkata, Pas
tiada sebarang hubungan dengan parti serpihan terbabit dan tiada apa
yang perlu dibincangkan. Foto Fail TRP
KOTA BHARU, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan parti itu dan Kelantan tidak ada sebarang perbincangan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau berkata, Pas tiada sebarang hubungan dengan parti serpihan terbabit dan tiada apa yang perlu dibincangkan.
“Kita tidak akan memanggil mana-mana wakil Amanah untuk berbincang kerana kita tiada hubungan.
“Malah sekiranya Amanah mahu memanggil
untuk diadakan perbincangan, kita juga tidak akan pergi (hadir) kerana
tiada sebarang hubungan,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat
Pre-Council di Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, semalam.
Jelas Mohd Amar, sekiranya Amanah mahu
bertanding di Kelantan tiada pihak boleh menghalangnya kerana Malaysia
adalah negara demokrasi.
“Kalau
mereka (Amanah) mahu bertanding, kita tak boleh halang tetapi kita
mesti ingat janji mereka sebelum ini yang mengatakan tidak akan
bertanding di Kelantan.
Semalam dilaporkan Wan Abd Rahim
mengatakan Amanah sudah menunggu selama empat bulan bagi mengadakan
perbincangan dengan Pas khususnya di Kelantan.
Beliau juga membayangkan Amanah
kemungkinan akan bertanding di Kelantan sekiranya kerajaan negeri yang
ada sekarang tiada usaha untuk mengadakan perbincangan kerana matlamat
kedua-dua parti adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan