Selasa, 5 Januari 2016

Pas Selangor tetap pendirian, enggan kerjasama Umno

Umno Pas
Grafik Sinar Online
 
 
GOMBAK - Pas Selangor hari ini sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa tidak akan berlaku sebarang gabungan antara parti itu dengan Umno.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

"Pas Selangor akan terus menjaga kebajikan semua rakyat yang mana Umno telah gagal melaksanakannya," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, kaji selidik IDE mendapati kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah]

Malah dikhuatiri juga kerjasama itu menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap Umno masih menebal.

Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.

Kelmarin, Pas mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut

Tiada ulasan: