Sabtu, 9 Januari 2016

'PAS penasihat semua termasuk DAP dan wartawan'

Shakira Buang


 


Tidak timbul soal PAS mahu jadi penasihat Umno atau bertanding kerusi Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya, menurut Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad sudah menjadi kebiasaan untuk kepimpinan parti itu memberi nasihat kepada semua pihak kerana ia merupakan amalan parti Islam itu.

"Bukan penasihat. PAS biasa nasihatkan orang, kita (PAS) nasihatkan Umno, DAP dan orang ramai sebab kita inikan parti Islam.

"Dekat wartawan pun kita nasihat juga," kata Idris sambil ketawa kecil kepada Malaysiakini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu dilapor sebagai berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan negeri BN itu.

Malah, Hadi turut dilaporkan berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno.


Tiada ulasan: