Isnin, 11 Januari 2016

Pas bantah TPP di Sidang Khas Parlimen nanti

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan


SHAH ALAM – Pas hari ini akan mengumumkan akan menyatakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP) dalam sesi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ia menunjukkan ketegasan Pas dalam menolak TPP yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara dalam sektor ekonomi.

“Pas mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana-mana pihak dan ia berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, sebagai langkah awal, Pas juga telah mengatur dan merencana pelbagai aktiviti untuk menyatakan bantahan terhadap perjanjian itu.

“Ia dibuat melalui pelbagai peringkat. Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan bahawa kami bantah TPP.

“Ahli Pas diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh Pas atau mana - mana aktiviti yang direstui,” katanya lagi.

Tiada ulasan: